Kerja Makin Bertimbun

Pagi ni banyak kerja aku nak kena siapkan adalah dalam 5 kerja. Pertama nak selesaikan duit yang nak di'bank-in' esok. Aku malas nak buat esok sebab esok aku sibuk nak mengemas dengan pelatih perempuan. Itu yang aku buat awal sehari tu tapi bagi kat En. Zainal esok pagilah. Yang kedua siapkan 'bill book'. Yang ketiga, siapkan senarai untuk insuran takaful. Esok pagi nak pergi jumpa En. Firdaus lagi. Yang keempat, nak isikan borang cuti Ting Hong Aun lagi. Cuti sampai 2 minggu, Tahun Baru Cina punya pasal. Dan yang terakhir, nak keluar pergi kedai fotostat nak ambil balik buku crosstitch yang aku fotostat. Sepatutnya semalam aku kena ambil tapi malas pula. Pukul 10 pagi aku keluar pergi kedai fotostat. Pagi, mak Razi telefon bertanyakan pasal van. Tengahari, mak Asyraf pula datang nak bayar duit insuran takaful. Mak Asyraf ada cakap yang dia dengan En. Zainal ber'gaduh' pasal En. Zainal telefon dia tak berangkat. Mak Asyraf ada juga kata bukan dia tak nak angkat, telefon dia dalam bilik dan dianya kat dapur jadi tak dengarlah. Mak Asyraf suruh aku cakap En. Zainal ambil Asyaf kat Manjung hari Isnin dan minggu ni dia bercuti. Petang, berjaya siapkan kerja-kerjaPukul 3.30 petang, bapa Zul Jalaal Wali Kram pula datang nak bayar duit insuran takaful. Datang dengan kaki terjengket-jengket bila aku tanya kenapa? Katanya dia kemalangan tahun lepas tak baik lagi. Nak buat kerja berat pun tak boleh, susah. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)