Terlepas 'Test' Motor Dan Pelatih Baru 2016

Hari ni sepatutnya aku ada test motor tapi....semalam ayah kata belum test lagi hanya nak 'comfirm'kan tarikh bila test. Aku datang bengkel pagi macam biasa. Pukul 8.45 pagi, ayah datang bengkel dan aku pula sibuk uruskan yuran pelatih lama dan pelatih baru. Baru nak bersiap pergi sekolah memandu ada orang yang bayar yuran pula. Terpaksa ayah tunggu dan akhirnya kata pergi tengahari sahaja. Haih! kalau test hari ni, macam ni nak pergi dengan awal bulan dan awal tahun baru sahaja dah buat aku sibuk. Pelatih baru pula ada 2 orang, Adibah Syazana dan Syafiq Idzham. Kedua-duanya dari Sekolah Pendidikan Khas Seri Samudera. Yang Adibah ada ciri-ciri jadi anak murid kesayangan aku. Pandai bercakap, seolah-olah aku bercakap dengan pelatih yang normal. Kebetulan ayah dia En. Zainol kawan ibu aku. Manakala, Syafiq pula pendiam dan agak malu-malu nak pula dengan pelatih perempuan. Pendiam-pendiam pun pandai bawa diri, tahu naik motor dan ada lesen. Mengalahkan aku yang ada lesen L motor pula. Henfon dan komputer serahlah pada dia, lengkap tahu serba serbi. Yang ni pun ada ciri-ciri jadi anak murid kesayangan aku. En Zainal minta aku buat report mesyuarat dengan ahli jawatankuasa bengkel pula. Aduii...bertambah kerja kena buat, minit mesyuarat PIBG pun aku tak siap lagi ni. Tu belum campur buat surat memperbaharui Insuran Takaful pelatih. Nampak gayanya memang balik lambatlah jawapnya aku. Pukul 9 pagi, aku telefon En. Firdaus berkenaan insurans. Dah dia pun lupa pasal insuran bengkel dan surat pun tak bagi. Masa berbincang dengan En. Zainal berkenaan nak buat report dia ada beritahu yang En. Munisamy nak datang pula. Dah satu hal. Pukul 12 tengahari, aku dah kurang sikit kerja (pembayaran yuran), aku telefon ayah pergi sekolah memandu. Sampai sekolah memandu ayah tanya apek untuk 'comfirm'kan tarikh test. Apek tu dah pelik dan sudahnya apek tu bising kata hari ni test. Nak test hari dah tak boleh sebab dah habis. Siap tanya kenapa tak datang test? Aku dah kata dah hari ni test. Yang 'comfirm' tarikh tu 30 Disember bukan 5 Januari. Salah ayah akulah. Tapi apek tu kata, aku pula yang tak faham apa dia cakap hari tu. Aku faham dan ingat apa apek tu cakap sebelum ambil cuti tahun, dah ayah aku beria kata hari ni bukan test. Tau pula terdiam ayah aku tu. Sudahnya aku terpaksa dikira mengulang walaupun tak datang test, kena bayar pula tu RM 20. Lebur duit aku. Apek tu kata, aku kena datang test 12 Januari dan 11 Januari datang buat latihan sebab takut aku lupa. Eloklah sangat macam tu. 12 Januari dah berlanggar dengan tarikh temujanji fisioterapi En Zainal pula. Kalau tak kerana ayah aku tu yang salah, dah selamat aku ambil test. Nak buat macam mana tak ada rezeki. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)