Friend Request Dan KFC Terbaru
Hari ni pelatih kelas aku buat perangai yang sama lagi macam semalam. Sakit hati betul aku! Stress aku macam ni! Mujur hari ni aku nak pergi tengok wayang, bolehlah release tension sikit. Masa rehat tengahari, Ting Hong Aun nak belanja. Aku minta dia belanja waffle sahaja, dah lama aku tak makan waffle. Si Ting nak belanja Solehah tapi aku tak bagi. Yang si Solehah memandai minta Ting belanja jagung cawan. Aku pun bisingla. Aku cakap kalau nak beli pakai duit sendiri, Ting belanja aku ada belanja dia balik yang si Solehah pula tau nak Ting belanja tapi dianya tak pernah nak belanja Ting. Tu dah satu hal, nanti dapat tau kat si adik dia, Ikin atau Angah dia tak pasal-pasal aku kena 'tembak'. Bukan tak pernah kena dh 2 kali, serik aku. Susah kalau dengan Solehah ni. Kalau keluarga dia salahkan dia tak apa, ni nak salahkan aku walhal anak sendiri punca. Pukul 3 petang, aku bersiap nak mandi si Khairunnisa pula masuk tandas. Adoii minah ni masuk tandas dahla lama, stress lagi aku. Berapa kali aku hempuk pintu tandas suruh dia keluar cepat. Pekik pun tak keluar juga. Solehah suruh buka pintu baru nak buka. Sakit hati betul aku!! Lepas Shah balik, terus aku gerak ke Aeon. Hari ni aku nak tengok cerita seram Friend Request, aku tengok kat fb ada kata cerita ni tak best ada yang kata best. Jadi aku nak pergi tengok sendiri. Bila dah tengok sendiri, siapa kata tak best? Best apa, berapa kali aku terkejut. Memang puas hatilah. Selesai menonton movie, pergi makan KFC terbaru pula. Ayam Kicap dengan nasi rumpai laut sempena Tahun Baru Cina dan Rice Wrap Wasabi pun aku beli tapi bungkuslah. Aku beli jenis ala carte sahaja. Aku ingat yang Rice Wrap Wasabi tu nak buat sarapan kat bengkel esok. Yang ayam kicap tu memang sedaplah. Aku mesti cuba kalau ada resepi terbaru dari KFC. Pukul 7 petang, aku balik.
Ulasan