Alhamdulillah Sampai Juga Ipoh
Pukul 10 pagi, lepas mandi terus aku sambung kemas barang sikit lagi. Ada 7 beg aku nak bawa ke Ipoh. 2 minggu kot kalau 2 hari aku bawa 1 beg dah cukup. Pukul 12 tengahari bertolak, pukul 2 petang dah sampai Ipoh. Sebelum pergi SSM, Ipoh kami pergi cari Pejabat Poslaju nak ambil motor aku. Sampai Pejabat Poslaju, kami pergi kaunter staff dan apa yang mengejutkan kami pihak Poslaju Ipoh kata motor aku tak sampai lagi dan masih di Sitiawan. Ayah aku cakap kat kaunter staff tu yang pihak Poslaju Sitiawan kata dah janji sampai hari ni. Kaunter staff tu pun nampak terkejut juga sebab katanya motor sekurang-kurangnya 2 minggu baru sampai. Terus ayah aku minta nombor telefon Pejabat Poslaju, Sitiawan. Ayah telefon banyak kali tak ada orang angkat. Ada seorang mamat ni pun nak ambil motor, staff kaunter suruh ambil kat belakang. Aku terfikir nak pergi belakang mana tau ada ke, jadi ajaklah ayah sekali. Bila pergi belakang cari motor aku jumpa, memang dah sampai pun. Seronok aku dan rasa lega dah sampai. Tadi kata tak sampai, mujur aku tergerak ajak ayah ke belakang. Selesai dengan staff yang jaga pos motor, aku bawa motor keluar pasang side mirror balik. Ayah dah standby bawa spannar dari rumah. Lepas isi minyak 2T, ayah suruh aku naik motor follow dari belakang ke SSM, Ipoh. Pertama kali bawa motor sendiri ke tempat orang memang agak janggallah dan tak biasa. Kalau setakat Manjung, Lumut, Sitiawan aku tak ada masalah dah biasa. Sampai SSM, Ipoh macam biasa minta kunci bilik rupa-rupanya aku duduk dalam bilik asrama Miss Annie. Selamat sikit dan selesa. Auntie kantin tu kata kalau malam nak panggil pelatih untuk temankan bolehlah. Aku rasa tak kot, lebih baik aku bersendirian ada privasi sikit. Aku ada tanya auntie berkenaan makan aku disediakan oleh pihak sekolah. Katanya, Miss Annie tak ada inform apa-apa pun dan dia pun tak tau. Ai macam ni? Hari tu dah janji makan tanggung pihak sekolah. Tak apalah makan kat luarlah jawapnya, mujur juga aku bawa makanan meggie cup, biskut dan air 3 in 1. Kemudian lepas letak barang-barang aku bagai, ayah ajak pergi makan kat Tasek. Kebetulan aku memang dah lapar dari pagi tak makan apa pun. Hujan pula dah mula turun, tak sangka sini petang hujan. Pukul 5 petang, ayah hantar aku ke asrama SSM. Sebelum ayah dan Iwan balik, ayah pesan tengok-tengokan motor. Kalau nak keluar hati-hati dan kalau nak ke bengkel Ipoh tumpang van kalau muat, tak muat baru naik motor. Motor nak bawa untuk keluar makan saja. Aku ajak tidur semalam kat asrama tak nak pula. Lepas ayah dan Iwan balik, aku sibuk mengemas barang-barang. Aku tak tau nak buat apa lagi lepas kemas barang, selain pasang lagu dan surah-surah. Oh ya! hari ni hari kedua aku period, hampeh memang tak selesa masa nilah nak keluar. Macam manalah hari Isnin nanti, nak belajar menjahit dengan piriodnya. Mujur bawa pad lebih. Pukul 9 malam, aku makan biskut dengan milo sambil tengok VCD movie Be Cool lakonan John Travolta dan Uma Thurman. Nak tengok TV, tak boleh nak buka adoooiii bosan juga itu pun nasib baik ada VCD. Entah macam mana aku boleh tertidur mengantuk sangat VCD on. Terjaga dalam pukul 11 malam, milo aku pun dah sejuk. Terus masuk dalam bilik dan tidur pasang air-cond dan kipas.
Ulasan