Hari Pertama Kursus Jahitan
Pukul 7.30 pagi, aku dah keluar tunggu van bengkel. Pagi-pagi aku tak makan sebab aku tengok kantin pun tetap macam tak sediakan apa-apa pun. Sementara tunggu van uncle bengkel, aku layan handfone dulu. Budak-budak sekolah ada yang sibuk duduk menegur aku jadi rasa macam tak selesa. Asyik dok kacau aku sahaja. Miss Annie pula ada bertegur sapa dengan aku dan tanya macam mana asrama ok ke bila sampai bla bla bla. Ada juga seorang cikgu tegur aku juga, dia ada tanya "Ada dapat e-mail tak? sebab ada jemput untuk Hari Sukan di Sekolah Semangat Maju Ipoh." Sudah...Mana aku nak tau, nak dapat line internet sini sikit punya susah dulu ok sahaja laju line. Bila dengar cikgu tu cakap macam tu, terus aku mesej orang tua kat bengkel Sitiawan untuk check e-mail bengkel. Entah dia tau buat ke tidak. Agak dalam 1 jam setengah juga tunggu, uncle ni lambat sangat. Dan tu nak ke bengkel dan tu juga nak lap cerminla, check tula check nila kemas tula. Aku dah rasa segan mana taknya aku seorang sahaja pergi kursus jahitan, cikgu-cikgu lain yang nampak mesti kepochi punya. Pukul 8.15 pagi, baru van nak bergerak. Aku tanya uncle nak tumpang, muat ke? Mujur muat, aku duduk seat depan. Sampai Bengkel Perlindungan Semangat Maju Ipoh, aku terus cari Pn. Haseenah dan tenaga pengajar yang lain. Pelatih-pelatih bengkel Ipoh semua pelik tengok aku semacam heheheh :P Ada seorang pelatih kata cikgu kat tingkat atas, jadi aku pergilah tingkat atas. Tak sangka Pn Eider dan seorang lagi cikgu ada. Sempat berbual sekejap dengan 2 orang cikgu tu. Dalam pukul 9 pagi, Pn Eider suruh aku jumpa dengan Pn Haseenah, pentadbir bengkel Ipoh. Tadi aku datang dia tak ada, aku turun bawah dia tengah berbual dengan seseorang. Dia tengok aku dari jauh pun lain macam sampai kecik matanya tengok aku. Bila dah dekat barulah dia kenal. Macam-macam yang kami bualkan terutamanya tentang kerja, mana yang aku nak tanya aku tanya. Pn Haseenah tak lupa pesan kat aku untuk kutip ilmu-ilmu sepanjang aku kursus kat sini. Agak dalam 1 jam kami berbual bagai, aku sambung jumpa Pn Eider dan Pn Khalijah. Mereka sangka aku pandai menjahit dah sebab aku bagitahu yang 2 projek aku buat kat bengkel Sitiawan, purse dan beng tangan dari seluar terpakai itupun tak kemas dan cari bahan dalam internet. Lagipun aku manalah ada masa nak menjahit bagai ni. Paham-paham sahajalah kerja aku mengalahkan kerja pentadbir. Projek jahitan pertama yang aku belajar dari mereka adalah buat BEG BEKAS AIR. Masa mula-mula nak buat rasa macam senang sahaja, bila dah lama-lama buat terasa susah pula. Rehat tengahari pihak bengkel Ipoh sediakan Ema yang masak. Kata Pn. Haseenah Ema dulu pembantu kantin sekarang ambil dia jadi tenaga pengajar sebab dia ada kelulusan. Ema ni dari Sabah, patut rasa macam pernah kenal sebelum ni sebab aku pernah berbual dengan dia. Nandini pula bahagian akaun, apa yang dia buat sama kerjanya dengan aku buat kt bengkel. Begitu juga dengan masalah akaun dia pun tak ada pengalaman dalam buat akaun. Tapi kira oklah sebab Pn. Eder hustler akaun dan baru aku tau Pn. Haseenah kata dia pernah buat kerja Nandini dulu. Sekarang bahagian kraf dialah pula in charge. Pukul 4.30 petang balik naik van. Petang aku keluar beli roti jap kat Tasek makan dengan tuna dalam tin untuk makan malam. Bila makan tu teringat zaman aku belajar kat KL huhuhuhuhu...:P
Ulasan