Cancel Celebrate Birthday

Hari ni Yana tak datang bengkel jadi cancellah nak sambut hari jadi dah tuannya pun tak ada. Aku dah pesan rasanya semalam suruh datang siap dah bagi surat lagi. Akhirnya shopping untuk beli barang-barang jamuan di ganti dengan beli barang-barang keperluan bengkel. Macam biasa aku minta tolong Solehah tengok barang apa yang dah habis kat tingkat atas. Orang atas tu kalau tak ditanya tak adalah nak bagitahu apa barang yang tak ada. Masa kat Econsave tengah sedap ambil barang-barang nak bayar baru teringat aku tak bawa duit petty cash. Sudah! terpaksa letak balik 2 barang dan pakai duit aku dulu. Mujur aku ada duit lebih dalam RM150 lebih, kalau tak jenuh aku. Balik dari Econsave, aku keluar lagi beli barang yang lagi 2 tu. Ambil duit petty cash ganti duit aku. Adibah dan Tan Jee Suan pun tak datang bengkel mungkin takut aku marah lagi sebab jahit asyik salah saja. Pukul 4 petang, sebelum balik ayah panggil aku. Ayah cakap nak poskan motor aku esok, lepas tu ambil kat Ipoh letak motor kat SSM, Ipoh dan hari Ahad baru datang balik Ipoh hantar aku. Atau pun hari Jumaat pos motor, hari Sabtu hantar aku pergi Ipoh terus. Aduuhh! kalau esok baru cadang nak pergi cucuk duit lepas tu hari Sabtu nak beli barang sikit untuk persediaan pergi kursus. Kata ayah, pergi beli barang dengan dia saja. Masalah betullah, aku kena telefon Miss Annie balik nak datang hari Sabtu, kalau dia bagi esok aku minta kat En. Zainal kerja setengah hari. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)