Servey Pet Shop
Aku balik kerja lewat sempat sambung buat alas kaki yang tak siap sambil menonton movie, The Civil Action lakonan John Travolta. Pukul 5 petang, baru balik tu pun alas kaki tak bersiap lagi jadi aku bawa balik buat di rumah. Lepas balik rumah hantar beg dan alas kaki, aku ingat nak pergi Rizqi Coffee Shop baru buka tu aku ingat nak cuba sedap ke. Elok pergi, kedai tutup pula. Alang-alang aku pergi kedai pet shop. Hari jumaat buat aktiviti mengemas kat bahagian belakang adalah akuarium kecil, dah lama duduk situ buat 'hiasan' tlak guna pun. Entah macam mana aku terfikir nak bela ikan tak pun kura-kura. Saja suka-suka bela kat bengkel buat hiasan dan belaan, dari tak guna langsung baik gunakan. Itu yang aku pergi pet shop. Aku pergi pet shop manjung deret kedai Alam Bacaria, aku tengok ikan comel-comel. Kalau boleh aku nak cari yang murah2, bela seekor dua pun jadilah. Lepas tu nak tengok kura-kura, tak jumpa pula tanya uncle kedai tu pun macam tak mesra alam saja terus pergi servey kedai lain pula. Pergi pet shop deret shell Manjung pula, yang ini tokey dia ok. Macam-macam aku tanya kat tokey tu tentang penjagaan ikan dan kura-kura, maklumlah baru pertama kali nak bela berdebarlah pula. Setakat bela kucing dah biasa sangat. Oh ya selain tujuan aku selain membela haiwan comel kat bengkel boleh ajar pelatih aku cara nak menjaganya, tanamkan sifat sayang pada haiwan. Bukan apa ada pelatih aku sembang bela kucing, kalau takat gentel saja nak buang najis pun geli buat apa. Aku ingat nak bela kura-kuralah jadi bulan depan dapat gaji aku beli kura-kura dengan makanan dia sekali. Setel kat pet shop, aku pergi Aeon pula nak beli komik Under 18 Elite Jilid 6. Sampai sana, disebabkan aku ada duit lebih sikit belilah novel yang teringin sangat nak baca iaitu Pujaan Hati Kanda. Aku ada terbaca sinopsis dia dalam facebook, jalan cerita macam best sahaja tu nak beli. Insyallah kalau ada duit lebih, nak beli novel Experimen Cinta (memang dah lama mengidam nak beli). Apa-apa pun memang aku tak sabar nak baca.
Ulasan