Mood Aku Hampir 'Down'
Pukul 8 pagi aku dah kena hantar ayah dan Shah ke station bus. Ayah nak balik kampung nak uruskan hal pembayaran pinjaman Idin, adik aku yang bongsu tu. Pukul 8.45 pagi baru aku gerak pergi kerja, sebelum pergi kerja sempat ayah bagi aku RM10 untuk beli sarapan. Lepas beli sarapan terus ke bengkel aku dah lewat pukul 9.10 pagi. Sampai bengkel terus aku sarapan dulu kemudian baru buat kerja siapkan buku catatan RPH aku. Dah 2 hari berturut-turut tak siap lagi. Elok nak siapkan RPH aku, En.Zainal pula ajak bincang pasal mesyuarat semalam bersama committe members bengkel. Potong betullah orang tua ni! Apa yang dibincang adalah tentang pemasangan air condition, tidak diterima oleh pihak comitte member bengkel alasannya melibatkan cost. Kalau nak, cari yang harga murah-murah dalam RM300 macam tu. Lepas tu, berkenaan projek pertanian tapaknya di sekitar Manjung pun tidak diterima pihak committe members sebab cost pun mahal mana nak beli air, tanaman dan sebagainya dan juga bermacam-macam alasan. Tapi kalau buat di belakang bengkel mungkin setuju, seorang jaga 1 pokok kalau 19 orang pelatih 19 pokoklah. Buat apalah banyak-banyak pokok, beli 1 atau 2 pokok sudahlah buat percubaan dulu. Kalau menjadi tak apa, dibuatnya tak menjadi dah rugi. Entahlah, apa yang aku tau projek jualan aku mesti jalan. Kemudian potongan 40% setiap tahun setiap bengkel dan sekolah untuk diberi kepada pihak PAFID. Setelah di congak, darab bahagi memang duit simpanan pihak akan berkuranglah. Sekarang ni duit bengkel ada RM34k, kemungkinan dalam masa 3 atau 4 tahun dari sekarang duit akan berkurang ke RM2k-RM1.6k macam tulah. Lepas tu, bengkel sitiawan ke lautlah. En. Khaw Eng Aun, pengerusi BPSMS suruh kami cari lagi pelatih baru untuk daftar dan bagi banyak sikit untuk yuran kos penyelenggaraan. Aku cadang kat En. Zainal cari pelatih-pelatih lama yang berhenti dan tak bekerja dari zaman Cikgu Zaiton panggil balik masuk bengkel. Kata En. Zainal boleh tak ada masalah yang bermasalahnya transport (kalau duduk jauh), yuran mahal, gaji pelatih pula. Aku pun dah tak tahu nak buat apa lagi dah, tunggu masa nak cari kerja lain pula. Dan yang terakhir, En. Zainal kata En. Khaw Eng Aun suruh aku pergi Ipoh selama 2 minggu (tiap-tiap hari) untuk belajar jahitan mesin arahan dari En. Ho Ah Ngen. Tak tahu bila tapi dalam bulan 4 dan kemungkinan juga aku kena pergi bermula 18/4. Aduuhh! ini lagi potong. En. Ho Berangin ni tak reti duduk diam ke? Patutnya dia layak bersaralah. Makin lama jadi ketua bengkel, makin tak reti duduk diam, ada sahaja nak suruh buat itu buat ini. Aku dah plan cantik untuk bulan ni dengan pelatih aku termasuk untuk diri sendiri, dia pula nak jahanamkan plan aku. Aku kena hadir kursus menjahit di BPSMI. Aku ada juga tanya aku seorang sahaja ke kena pergi? Kata En. Zainal, tak pasti dan transport, makanan, tempat tinggal mungkin akan disediakan dan boleh claim seperti biasa. Masalah betullah! Dan katanya lagi, selama aku tak ada 2 minggu anak En Imran akan ganti tempat aku buat sementara waktu, sementara dia tengah cuti semestar. Pada mulanya En. Munisamy tak bersetuju tapi nak tak nak kena ikut juga arahan En. Khaw Eng Aun. Aku dengar saja hal kena pergi kursus selama 2 minggu hampir down mood aku. Malas betul nak pergi.
Ulasan