Pelatih Kurang Mahir Jahitan

Adibah baru datang hari ni. Terpaksa aku ajar dia menjahit dari mula. Aku suruh dia, Tan Jee Suan dan Iskandar duduk dulu sementara aku sibuk siapkan bill book sebab esok aku ingat nak buat claim payment dengan En. Muni dan uruskan pembayaran yuran Asyraf. Aku cari memo yuran simpanan, jenuh mencari tak tanya En. Zainal dia pun tak ada ambil. Tak puas hati cari lagi akhirnya aku jumpa En. Zainal nak tanya ingat tak pembayaran yuran Asyraf? Mujur yuran peruntukan dia aku ada catat kat buku kedatangan pelatih. Entah macam macam baru aku teringat semalam ada jumpa En. Khaw dan dia ada minta senarai yuran pelatih dan memo aku ada tunjuk. Dia tak pulangkan balik, dia hanya pulangkan senarai nama pelatih yang bayar yuran sahaja. Pukul 11 pagi baru siap semua kerja-kerja biasa aku, ajar pula 3 orang pelatih ni tadi menjahit. Tan Jee Suan dah boleh menjahit sikit aku suruh dia masuk kumpulan Solehah, Iskandar kejap-kejap buat salah balik manakala Adibah ajar tak sampai 5 minit dah lupa balik bila tanya faham? faham....Agak dalam 10 kali juga aku mengulang ajar, jenuh aku. Nak menjahit tangan menggigil, buat pun lambat teragak-agak. Akhirnya dia cakap susahlah, peninglah sebab nak masuk crosstitch silang kejap masuk sini kejap masuk sana. Dah nama pun crosstitch. Dia pun sama macam Khairunnisa, nak kena tunjuk satu-satu aduuuhh mampus aku :( Tu baru Adibah entah macam mana pula Razi, risau juga aku dia pun dah 2 hari tak datang bengkel. Aku teringat pesan En. Khaw suruh aku pack alas kaki dan dia akan ambil hari ni atau esok. Macam mana nak buat hari ni dengan kerja aku lagi mana nak mengajar pelatih yang lemah menjahit lagi memang tak sempat. Aku berharap dia datang esok. Tapi sangkaan aku meleset masa pukul 1 tengahari dia datang tanya pasal alas kaki, apalagi kelam-kabut aku nak pula aku tengah syok layan movie The Civil Action lakonan John Travolta. Apasallah tak datang esok saja. Ah! lantaklah dia nak bising pun. Pukul 2.30 petang, aku telefon En. Muni nak jumpa esok untuk claim payment. En. Muni pula kat KL katanya hari Khamis atau Jumaat baru datang. Aduuii aku ni nak buat KWSP lagi, dahlah Jumaat ni last bayar. :Lepas tu mana nak jumpa En. Zainal bagi duit petty cash dan account book bagai dan nak buat aktiviti mengemas macam biasa dengan pelatih lagi. Sibuk gilalah jawapnya hari Jumaat ni. Hari ni baru ayah dan Iwan balik dari kampung. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)