Cadangan Dan Pendapat Dari Pentadbir BPSM, Ipoh
Dari hal-hal jualan, akaun, cara nak buat buku report, job coach dan
sebagainya. Puan Haseenah memang tak kedekut ilmu, open-minded, macam-macam
cadangan dan pendapat dia bagi kat aku untuk bengkel Sitiawan. Aku juga ada
cerita dengan Pn Haseenah yang pihak sekolah tak bagi makan waktu petang,
bising juga dia bila dengar. Katanya, ni arahan dari En. Ho Ah Ngen kenalah
sediakan makan untuk aku. Baik tak payah hantar aku pergi kursus kalau tak bagi
makan. Selain itu, sempat kami bergosip tapi hanya 'kita-kita' sahaja kata Pn
Haseenah :P Pn Haseenah bagitahu yang pihak PAFID terutama orang atasan macam
En. Ho Ah Ngen dah salah konsep tentang persatuan ni. Sepatutnya Persatuan ni untuk membantu Orang
Kurang Upaya (OKU) bukan nak berniaga, buat apa susah-susah suruh aku hantar
pergi kursus bagai. Yang ni aku setuju cakap Pn. Haseenah. Untuk jualan dia bagi pendapat buat jualan dalam pangkalan TLDM atau kat Teluk Batik tak pun jeti Lumut. Betul juga, memanglah Lumut tempat pelancongan mudah nak buat jualan. Aku dah ada cadangan dah, balik dari kursus aku bagitahu kat En. Zainal. Bab akaun, aku kena tanya dengan Nalini sebab dia handle benda ni. Apa yang dia buat sama dengan aku buat cuma ada sikit lainlah terutamanya elaun pelatih. Terkejut gila dalam akaun pelatih Ipoh sahaja ada berpuluh ribu pergh! macam mana mereka boleh dapat banyak tu. Kata Pn. Haseenah, apa yuran yang mereka kutip masuk balik dalam akaun pelatih lebih kurang macam tu lah. Kaya betul, patutlah Pn. Haseenah puji anak murid punya duit melambung tingginya. Pelatih aku harapkan duit peruntukan yang bank-in dalam akaun mereka itu pn bawah RM 50 tiap-tiap bulan. Untuk job coach, Pn. Haseenah galakkan aku pergi. Job coach ni katanya bagus dulu masa kursus ada belajar dengan dia. Dulu ada tak silap aku pihak mana ada anjurkan job coach. Aku nak pergi tapi pihak bengkel tak bagi katanya jauh dan berbayar kalau nak pakai duit sendiri, ada ke patut. Boleh dikatakan apa yang Pn. Haseenah memang aku setuju dan bersependapat. Tak macam aku dengan En Zainal ada sahaja yang tak kena. Sebab tu aku respect Pn. Haseenah. Banyak ilmu aku dapat dari dia. Aku berterima kasih sangat.
Ulasan