Pos Laju Low Class Sevice

Pukul 12.30 tengahari, En. Zainal balik ambil makan terus balik dan aku pelik ayah ni bila nak datang ambil Iwan? Sampai rumah, ayah tengah mandi aku panggil dan tanya tak ambil Iwan ke? Sekali dia bising pula, cakap kenapa aku tak bagitahu awal-awal dan tak telefon? Aik! kita pula? Kan semalam dan pagi tadi pun aku dah bagitahu yang aku ambil half day. Dah aku half day automatiklah ambil Iwan takkan itu pun tak boleh nak fikir. Cuba kalau aku, bising ke sudah. Macam tak biasa pula. Susahlah ayah aku ni, dicakap salah tak dicakap salah. Malas nak layan aku keluar isi minyak motor lagi bagus. Masa dalam perjalanan nak ke Shell, ayah telefon pula. Dia suruh aku pergi bengkel dulu, tunggu dia kat sana dengan Iwan. Macam-macamlah orang tua ni, dahlah aku lapar ni terpaksa berpatah balik ke bengkel lepas isi minyak. Dah plan macam tu bukan nak bagitahu aku! Sebelum datang bengkel sempat beli air kopi tempat biasa aku pergi tapi kedai lain pula. Aik dah tutup ke Papa Coffee ke tak buka? Selesai beli terus ke bengkel jaga pelatih atas dan makan nasi tomato yang En Zainal bagi kebetulan ada lebih 1 Solehah punya dia pun balik awal sangat. Pukul 2 petang, baru ayah sampai terus pergi Pejabat Poslaju Sitiawan. Masa kat sana ada masalah pula, lepas isi borang bagai kata staff kaunter motor aku tak boleh send hari ni esok dah sampai dan sekurang-kurangnya seminggu dua baru sampai, kalau dah macam tu nampak gayanya ayah hantar sajalah. Ayah aku dah mula bising, ayah bukan boleh kalau jadi hal macam ni. kata ayah, nama pun poslaju takkan tak boleh sampai esok hari isnin aku nak guna. Staff kaunter tu tanya staff yang bawa van pos laju, lepas tu staff kaunter tu suruh bawa motor ke belakang. Masa nak buka side miror aku, ayah nak pinjam spannar kat staff van poslaju katanya tak ada pinjam kat pak cik tukang sapu sampah tepi jalan pun tak ada kalau ada saiz kecil pula. Kata pak cik tukang sapu sampah, staff van poslaju ada spannar saja tak nak bawa keluar malas! Bersusah payah ayah aku memulas side mirror motor aku akhirnya berjaya keluarkan. Dah selesai semua tu, dalam kereta ayah bisinglah juga pasal service poslaju manjung teruk. Lepas pergi poslaju, pergi beli barang kat Rapid baru Manjung pula. Aku ingat nak belilah makanan sikit untuk 2 minggu aku kursus. Agak pukul 4 petang, baru kami balik. Malam pula, macam biasa aku kemas pulun kemas setengah barang dulu apa yang penting packing beg baju. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)