Briefing Untuk Pelatih
Pukul 9 pagi, aku briefing sekejap dengan pelatih sub-straw dan kraf. Itu pun ambil masa 15 minit untuk mereka ambil tempat duduk bagai. Aku bagitahu mereka atas ketiadaan aku selama 2 minggu dan ada guru ganti, menjemput mereka datang meraikan jamuan hari jadi Yana esok. Sempat aku berpesan supaya jangan buat perangai dan dengar cakap cikgu, dah jadi 1 tabiat aku mengingatkan mereka jika aku ada urusan di luar bengkel mengambil masa yang lama. Lepas briefing dengan mereka, briefing 5 minit lagi dengan pelatih aku sahaja. Aku cuma pesan kat Solehah, Teoh Pei Ji, Razi dan Adibah untuk jagakan kelas dan tengok-tengokkan sekelas. Masa aku tak ada, aku minta mereka sambung buat alas kaki dan jahitan yang tak bersiap lagi. Patut minggu depan aku ajar mereka subjek lain, tapi apa nak buat. Elok tak sampai beberapa minit briefing dengan pelatih aku, En. Zainal pula turun. Kata En. Zainal, tadi Miss Annie telefon bertanyakan hal aku untuk ke kursus jahitan dia nak comfirmkan makanan dan tempat tinggal aku. Dan bagitahu yang dia ada berbincang denga Pn. Haseenah tentang jualan bengkel. Kata Pn. Haseenah jualan mereka pun merosot juga. En. Zainal minta aku telefon balik Miss Annie, jadi aku pun telefonlah Miss Annie. Lepas tu macam biasa aku siapkan buku catatan RPH. Hari ni aku nak tengok wayang cerita The Jungle Book sebelum aku gerak pergi Ipoh baik layan movie dulu. Masa mengajar pelatih aku menjahit, Tan Jee Suan pula asyik buat salah dah diajar pun salah lagi. Razi datang bengkel, mula-mula nak ajar menjahit dia merungut tak boleh nak jahit pasal tangan dia tak normal. Aku suruh dia cuba dulu, belum cuba dah mengalah. Akhirnya bila aku dah cara nak ajar menjahit, barulah pandai buat cuma nak masukkan dan gunting benang agak sukar bagi dia. Aku suruh dia minta tolong kawan. Sekurang-kurangnya dia boleh menjahit. Dan aku minta dia masuk kumpulan Solehah ganti Tan Jee Suan. Kumpulan Solehah semua pelatih yang boleh menjahit. Yang kumpulan aku, semua yang jenis tak mahir-mahir lagi. Aku angin dengan Si Tan Jee Suan hari tu buat elok saja ni dah asyik salah pula, bisinglah aku. Entah macam mana dia memekik tengking aku. Dah buat perangai macam tu, tak cakap banyak terus aku ambil dia punya jahitan suruh duduk kat tepi CCTV sambil berdiri. Lagi aku membebel, lagi dia memekik marah aku. Akhirnya aku buat bodoh sahaja, malas nak layan perangai yang tak ubah-ubah. Umur dah tua pun macam budak-budak lagi. Pukul 3.15 petang, aku mandi bersiap nak tengok wayang. Kebetulan hari ni ayah dah balik lepas aku mandi sempat panggil ayah aku cakap pasal kursus menjahit minggu depan. Aku bagitahu yang aku nak bawa motor ke sana, bukan apa kalau nak makan kat luat ke apa senang. Sudahlah aku kena pergi seorang diri pula tu. Lepas tu jumpa En. Zainal pula minta duit untuk jamuan hari jadi Yana esok. Pukul 4 petang, baru aku blah. Kena cepat-cepat blah dahlah semalam terserempak dgn En. Khaw masa aku balik mujur aku balik 4.15 petang. Minggu ni nampak gayanya kena berhati-hati tak boleh balik lambat.
Ulasan