Perbincangan Secara Peribadi

Minggu ni mengajar pelatih aku menjahit pula iaitu jahitan crosstitch keychain. Sebelum mula kerja aku bagi sedikit briefing kat pelatih dulu. Lepas tu baru buat kerja, 1 kumpulan ada 3 orang setiap kumpulan buat 2 corak yang berlainan. Sebelum mula jahit, setiap kumpulan aku ajar dulu macam mana nak menjahit dengan betul. Masa rehat, Aunty Branda datang bagi manik untuk buat hiasan penyepit rambut yang sepatutnya subjek untuk minggu depan. Tapi nak buat macam mana tangguh bulan depan sebab aku nak ke Ipoh. Ini semua En Ho Ah Ngen punya pasal, jualan amal pun macam tu juga. Lepas rehat sambung ajar pelatih aku menghasilkan jahitan crosstitch keychain. Dengan Solehah aku tak ada masalah sangat sebab dia seorang boleh buat. Yang sakitnya lagi 5 orang terkontang-kanting, buat asyik salah sahaja. Sudahlah begitu, ajar 10 kali pun masih tak faham-faham jenuh aku. Nampak gayanya terpaksa aku guna cara lain. Aku suruh mereka yang lagi 5 orang ni buat jahitan yang basic dulu, maksudnya buat jahitan tanpa corak hanya pakai 1 warna benang sahaja. Alhamdulillah 3 orang dah boleh buat walaupun masih ada salah buat. Tak apalah perlahan-lahan, lagipun subjek ni seminggu sahaja tapi bulan depan ada lagi. Pukul 3 petang,  elok suruh pelatih aku berkemas untuk buat aktiviti kebersihan En. Khaw Eng Aun pula datang. Terkejut juga aku, entah apa mimpi nak datang pula hari ni. En. Zainal tak bagi pelatih berkemas dan suruh duduk dulu. Dia ajak aku duduk sekali sebab ada beberapa perkara nak dibincangkan. En. Khaw bagitahu aku pasal kursus jahitan tu yang wajib aku hadiri. Lepas tu dia tanya ada siapa-siapa yang tak bayar yuran lagi dan nak tengok rekod kedatangan pelatih aku bagilah buku kedatangan yang lama dan yang baru (buku biru). En. Khaw minta buku kedatangan pelatih kat En. Zainal, mengelupur orang tua tu baru nak pergi ambil. Yang lewat bayar dan tak bayar yuran En Khaw nak di masukkan ke dalam minut mesyuarat akan datang. Dan dia juga bertegas kepada ibubapa yang lewat bayar dan tak bayar yuran, kata En. Zainal memang nak bagitahu ibubapa bila nak bayar yuran yang dah tertunggak tapi segan. En. Khaw bisinglah juga, katanya jangan fikir segan ini bisnes bayar tetap kena bayar. Padan muka juga orang tua tu silap dialah berlembut sangat kalau aku bagitahu saja lantaklah. Cara cakap En. Khaw pun macam tak percayakan En. Imran ayah Iskandar sebab kes dia tak bayar yuran lagi dah 4 bulan tertunggak. En. Khaw ada juga suruh aku buat 1 senarai catat siapa yang dah yuran dan siapa yang belum kemudian masuk dalam 1 fail dan dia akan hantar ke Ipoh akhir tahun nanti. Lepas tu, pasal jualan pula, En. Khaw ada tanya berapa alas kaki dan jumlah sekeping alas kaki. Dia tanya kain aa lagi ke? Aku cakaplah ada lagi, En. Khaw kata En. Zainal kata dah tak ada lagi. Aik kain yang mana dia maksudkan ni? kain perca ke kain baju bundle? Tak silap aku dia maksudkan kain perca. Orang tua ni memandai saja, pergi belakang pun tak penah nak tengok apa yang ada kat belakang main tembak saja cakap. En. Khaw suruh aku pack 10 alas kaki yang saiz besar dan kecil esok dia nak ambil katanya nak minta kawan dia tolong jualkan. Agak dalam pukul 4 petang jugalah baru selesai itupun pelatih aku tak sempat buat kebersihan kelas. Aku suruh mereka buat esok sahaja. Lepas En. Khaw balik, aku berbincang sekejap dengan En. Zainal pasal nak buat senarai yuran. Pukul 4.30 petang, baru pelatih balik dan terus tutup bengkel. Ayah pula tak balik-balik lagi dari kampung, katanya balik hari ni. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)