Oh Kedai Melayu

Lepas aku balik kerja cadang nak belilah Nasi Goreng Daging Merah bungkus kat sebuah restoran belakang Rapid Manjung Point. Kadang-kadang aku memang selalu beli situ. Lepas tu dah minta order bagai aku pun tunggulah. Agak dalam setengah jam jugalah aku tunggu. Aku tengok yang datang lambat dapat makan dulu. Aku fikir aku punya tak siap lagi. Tak tahan menunggu pergilah aku kat kaunter untuk bertanyakan nasi aku yang bila nak siapnya. Rupa-rupa dah siap di letaknya kat kaunter, kalau dah siap tu panggilah ni tak buat aku tercongok pula. Setengah jam pula tu, kalau 1 jam tak taula apa jadi. Kadang-kadang selalunya pelayan panggil tak pun dia datang kat meja aku dan bagi. Lepas aku ambil nasi bungkus, masa tula aku dah rasa pelik tau kat nasi aku. Sudahlah ringan semacam sahaja, memang peliklah tapi dekat plastik tulis Nasi Goreng Daging Merah. Bila balik rumah nak makan buka sahaja nasi bungkus, nah! sekali Nasi Ayam beb! Bebal betollah! Minta nasi lain nasi lain pula dibaginya. Sudahlah bagi Nasi Ayam, sup pun tak ada hampeh! Nasi pun sikit. Tak sedap pula tu. Selalu aku beli kat kedai tu tak pernah salah tak tau kenapa hari ni, pelanggan bukan ramai sangat pun. Kalau aku order Nasi Goreng Daging Merah selalunya mereka asingkan nasi goreng dalam polistrin dan daging merah masuk dalam plastik. Memang aku dah agak dah. Melayang RM 6 aku, Nasi Ayam entah berapa harganya. Sudahlah restoran tu harga makanan mahal! Mulai hari ni restoran tu aku reject, sebelum ni ada 1 restoran melayu aku reject kawasan Manjung juga. Aku betul-betul kecewalah kalau restoran melayu macam ni punya cara. Aku tak cakap semua kedai melayu sama, sesetengah dari tu. Dah banyak kali aku kena, dari yang hantar makanan lambat sampailah tersalah order. Pernah juga aku beli nasi lemak ayam kat kedai melayu, dalam nasi lemak aku terjumpa benda asing. Nak makan pun tak ada selera. Tolonglah peniaga melayu, perbaikilah. Nak orang support peniaga melayu tapi service tak berapa nak bagus. Bila orang dengki tau pula bising. Aduii, orang kita. Cara aku, kalau restoran tu service tak bagus aku dah tak datang ke restoran tu lagi. Kirim salam! Reject terus. Baik cari restoran melayu yang lain lagi bagus bukan 1, 2 restoran melayu ada kat Manjung ni. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)