Sibuk! Mengalahkan PM
Pukul 9 pagi, aku jumpa En. Zainal untuk serahkan petty cash, buku akaun dan buku bil. Aku terangkan serba sedikit juga, kalau tak tau pandai-pandailah orang tua tu belek contoh yang aku dah buat dan tengok fail dalam almari. Borang KWSP, aku dah print out borang, manakala SOCSO dah dapat borang untuk bulan ni. Pepandailah orang tua tu nak mengisinya. Memo yuran bulan Mei pepandailah buat sendiri. En Muni pula aku tak taula jadi datang bengkel ke tak dahlah aku nak balik tengahari nanti. Mujur En. Zainal bagi aku balik awal tapi kena lepas dia ambil makan pelatihlah. Lepas jumpa En. Zainal, sempat briefing kejap dengan pelatih aku sebelum aku pergi kursus selama 2 minggu. Macam-macam aku pesan dengan mereka supaya jaga kelas dan kawan-kawan kelas. Kemudian aku telefon mak Khairunnisa suruh ambil dia awal dan Solehah pula aku suruh dia telefon Angah dia sendiri. Pukul 9.45 pagi, aku telefon Miss Annie untuk bagitahu yang aku datang esok. Alhamdulillah dia bagi tak ada masalah jadi comfirmlah yang aku pergi Ipoh esok. Lepas telefon Miss Annie, aku telefon ayah bagitahu pergi Ipoh esok dan balik tengahari nanti. Pukul 10 pagi En Muni datang masa aku tengah buat payment voucher Ngooi Yong Chiang. Entah sempat ke tidak aku nak buat aktiviti mengemas dengan pelatih aku. Sudahlah berjanji nak mengemas lepas rehat. Bila dia dah datang kelam kabut aku jumpa En. Zainal minta cash book dan bill book. Agak dalam setengah jam juga dengan En. Muni, baru aku selesaikan isi borang KWSP dan SOCSO. Segala cek, cash book dan bill book aku bagi balik kat En. Zainal. Ada resit belia yang aku tak sempat nak tulis, kalau aku tulis kang tak sempat biar saja orang tua tu isi sendiri. Selesai jumpa En. Zainal, aku keluar pergi bank nak cucuk duit lepas tu baru pergi fotostat borang KWSP dan SOCSO. Pukul 11 pagi, baru balik bengkel. Hari ni saja aku kelam-kabut, bukan apa nak kejar masa. Aktiviti mengemas tak buat-buat lagi, kesian pelatih aku duduk melopong saja duk tunggu aku. Lepas balik dari bengkel terus buat aktiviti mengemas kat bahagian belakang yang tak habis lagi. Agak ada 1 jam setengah untuk mengemas, tak apalah buat mana yang sempat. Yang tak sempat aku suruh mereka sambung Jumaat minggu depan dengan guru ganti. Pukul 12.15 tengahari, aku mengemas pula barang-barang yang atas meja. Lappy aku bawa balik untuk dibawa ke Ipoh esok. Memang sibuk gila aku hari ni.
Ulasan