Hari Ke 2 Sebelum Letak Jawatan (Stand Di Rapid)

Pagi-pagi datang saja, Kak Seha Safi bagitahu Nor suruh bagitahu kat aku yang Voucher RM 20 - RM 50 sahaja bagi kupon. Ada budak baru promoter Ivy, budak melayu nak berkenalan dengan aku pula. Pukul 12 tengahari, Lai Ling datang bawa Voucher lebih sikit. Pukul 1 tengahari, aku balik rumah sekejap ambik staplerdan nombor vendor untuk printsale Giant. Nor pula datang 2.15 petang, lepas tu cakap dengan Lai Ling dia nak pergi hospital demam katanya. Diorang berbincang pasal invoice dan Lai Ling kata esok aku Stand Giant sajala. Yes! best gilala kan bagus awal lagi tak payah suruh aku datang Rapid buang masa! Mungkin dia nak aku ganti tempat Nor sebab dia ambik MC demam. Pukul 3.45 petang, aunty telefon tanya pasal Nor. Aunty kata Nor keluar tanpa bagitahu Hippo, tau-tau dah lesap. Pukul 6 petang, aku dah kebulur tahap nak gila terus rushing pergi Giant nak ambik aunty. Sampai saja sana terus aku masuk ikut belakang cari aunty ternampak Hari pulak tengah punch card, kedua-dua buat-buat tak nampak. Kebetulan Hari belum nak balik lagidia ikut Abang Bob kot pegi mana entah. Aku pula dengan aunty jalan kat depan diorang sambil jalan lenggang kangkong ala-ala catwalk gitu. Aku dan aunty makan petang di Old Town White Coffee sambil bergosip. Lepas tu, aku temankan aunty pergi pasar belikan makanan untuk Lindy. Pukul 7.15 petang, barulah aku balik ke Rapid. Pecah rekod balik lambat mujur aku hari terakhir di Rapid. Pukul 8 malam, aku ingat nak buang air kecik pergila tandas kat atas pergh! Lagi teruk dari tandas kat luar dahla banjir pulak tutak selesa aku dibuatnya. Pukul 8.30 malam, aku minta tolong si budak Arif printkan sales hari ni tapi katanya sok saja dia printkan sebab print ada masalah. Lepas tu, katanya lagi esok aku datang ambik dia akan letakkan saja kat kaunter Shurah. Mujur dia sudi membantu aku. Pukul 9.20 malam pulak, Sham misscall ke call aku pun tak tahu. Entah apala yang da nak, saja nak kacau akula tu. Pukul 10 malam, sebelum aku tunggu nak balik sempat sembang dengan Dila sekejap. Pukul 10.10 malam, aku ingat nak pergi CC sebab nak ushar facebook aku 1 jam saja pun. Aku cuba singgah CC Manjung Imax.Net tu lagi baru nak tanya berapa ringgit 1 jam, budak yang duk kt kaunter CC kata pukul 10.30 dah nak tutup pulak. Alamak! Melepasla pulak, awalnya nak tutup selalu ada CC 24 jam bukak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)