Mood Kelam Kabut Dan Cari Pasal

Aku ingat tengahari nak ajak aunty rehat sama jadi aku mesej dia. Pukul 12 tengahari, aunty mesej katanya rehat pukul 12 tengahari sebab Nor nak rehat pukul 1 tengahari. Lepas tu, aunty telefon suruh jumpa dekat Kopitiam Manjung. Apa lagi kelam kabut aku nak blah, tapi sebelum blah aku cakap dengan Kak Sophia nak keluar rehat. Lepas punch card bagai terus berlari nak cepat gila dah ni. Sampai aku orang paling terakhir keluar rehat. Bawa motor pun rushing nak cepat sangat dah lewat 5 minit, sampai depan Old Town baru teringat tak silap aku aunty ajak pergi Kopitiam ke Old Town?? Ah! sudah! Telefon aunty balik tanya betul-betul rupa-rupanya Kopitiam Manjung. Tapi aku terlajak pergi Old Town pulak ceh! Buang minyak motor aku saje. Apa nak buat rushing lagila jawapnya. Lepas tu, sampai saja Kopitiam Manjung aku bagitahu aunty yang aku salah pergi tempat huhuhu. Aku pesan nasi putih dengan daging masak kicap yang datang nasi putih dengan daging paprik pulak. Bila masa aku order daging paprik?? Agaknya nak cepat aku tersalah tick ko. Ah! bedalla nak cancel dah terlewat sangat. Aku ada cerita pasal kes semalam yang nak pergi KL interview aku mengadula tak jadi pergi sebab jauh. Aunty dah mula bising 'kalau dah tau jauh kenapa isi borang juga?! Untuk apa?! Waste your time and waste the paper form!'. Aku tak boleh nak cakap apa dengar sajala. Ayah punya pasalla beria suruh aku isi tapi tak pergi. Aku kalau boleh nak pergi. Lepas rehat, masa aku nak layan pelanggan baru nak pergi layan Kak Seha datang menyibok nak layan jugak. Ah! aku dah tak tahan, ni dah melebih ni curi pelanggan aku! Apa lagi aku pun ikut style aunty nampak pelanggan terus aku serbu. Kali ni aku nak jalan sampai kawasan syampu rambut cari pelanggan. Kaw-kaw aku buat. Kalau diorang nak attack pelanggan aku rempoh saja tengokla!! Geram aku dibuatnya! Diorang dah mula tengok aku lain macam, tengokla! tapi memang menjadi ikut style aunty. Ramai yang beli, aku dah jual 6 botol dah alhamdulillah. Rehat ke 2, aku terserempak Dila kat tangga baru lepas rehat gamaknya. Lepas tu, aku pergi Kopitiam Manjung lagi dah tak tau nak pergi mana lagi dah hanya makan roti bakar dan teh o ais saja sambil baca novel islamik. Tak bestla pulak novel cerita ni, membosankan. Lepas rehat, Aku ushar kejap barang Tanaka White, aku ingat nak beli Skin White Perfecting Lotion SPF 15 dah habisla yang sampel aunty bagi. Tengok harga RM 25.90, aku tanya Kak Sofia tu harga offer ke harga biasa? Dia kata harga biasa tapi murahla berbanding di tempat lain. Facial Cleanser Tanaka White baru RM 13.9. Dia siap tanya, aku pakai ker? Aku pun nyaris-nyaris nak cakap nenek aku pakai hehehe. Aku cakapla mak aku yang pakai, dia suruh tengokkan harga kat Rapid. Nak mati kata aku pakai mampos! promoter Surah pakai brand Safi. Malam, aku buat jualan kaw-kaw. Pukul 9 malam, aunty dan Lindy datang Rapid pulak. Aunty bising-bising sebab Ah Chin suruh dia buat salin hargasemua Outlet patutnya tu kerja salesgirl dia tapi salesgirl tak nak buat kerja suruh aunty pula. Anginla orang tua tu. Kadang-kadang aku sembang dengan aunty kejap sambil-sambil cari pelanggan. Lepas tu, sebelum aunty balik ada cakap dengan aku yang promoter Ivy tu apa pasal kepoh sangat?! Memang betol pun kepoh asyik 'mark' aku saja. Pukul 10.10 malam, pintu baru nak bukak lambat gila aku dah mengantok dan sakit kaki ni. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)