Lu Bikin Hati Gua Panas Saje!
Macam
biasa pagi-pagi shift memang membosankan, tak ade keje aku facing. Masa aku nak facing kat pembersih
peribadi wanita, entah macam mana tiba-tiba Hari muncul lalu kawasan shampu badan. Terkejut aku ingatkan
sape tadi, rilek sajer lalu tak pandang kiri kanan. Aku dah segan langkah setapak dua ke belakang lepas tu terus lari kawasan ubat gigi. Petang, tengah syok-syok berbual dengan aunty intimate dan
aunty ginvera aku terdengar orang bawak troli jadi aku pun pandangla. Alamak! Hari lagi! Dia
lalu kawasan tisu dan shampu badan bawa troli nak scan barang kot, dia pandang aku masa
dia lalu betol-betol depan aku cepat-cepat langkah 2,3 tapak ke belakang. Aku pandang sajer dia tengah lalu,
dia pulak buat tak tau sajer. Masa aunty pegi rehat, aku sandarla kat troli tiba-tiba Hari lalu
lagi kat kawasan yang sama tapi aku membelakangkan dia. Aku pandang kawasan ubat gigi dan lepas tu aku
perasan dia pulak yang pandang aku. Mungkin dia ingat aku nak pandang dia. Pukul 6.15 petang, Lai Ling datang nak kumpul laporan saat mengerikan dah tibe. Macam biasa dia pot pet3x bla3x dengan aku, aku dah cakap awal-awal dengan dia tak capai jugak bulan ni cukup bulan berhenti
surrender aku. Dia nak hantar aku Tesco Iskandar Ipoh, dahla jauh ingat senang aku nak pegi
sana?? Bodo! Dia pulak nak ugut tak capai bulan ni nak bagi surat amaran, dia pun dah tak boleh buat apa-apa. Tapi sebelum bagi surat amaran nanti aku campak surat berhenti kat muke ko baru
tau!! Dia ada cakap yang kes en kamsun marah-marah kent, korang yang bodo! Sekarang aku yang tertekan! Nama sajer pangkat besar otak tak ader! Lailing suruh aku pegi rapid setiap hari Jumaat,
Sabtu dan Ahad. Nor ambil alih tempat aku, masa dia nak blah ha! Kebetulan aunty ader baru lepas
habis rehat memang malangla Lai Ling hari ni, sebab aku tengok aunty dah nak pegi kat Lai Ling. Lepas tu
kan betol! Aunty cakap dengan Lai Ling ape lagi meletusla bergaduh! Kaw-kaw aunty marah Lai Ling
padan muke dia! Aku pura-pura layan pelanggan walawpun pelanggan tu tak nak produk aku. Lai Ling ader
panggil aku tapi buat tak tau sibuk layan pelanggan. Aku ushar sajer Lai Ling dengan muke
‘hitam’ Ha3x padan muke kau! Tula lain kali jangan cabul mulut cari pasal dengan orang kan dah
kena dengan mak angkat aku tu!! Lepas tu dia panggil lagi baru aku pegi, dia tanya aku
sape yang cakap dia yang cakap aunty 'cucuk' aku?? Aku cakapla ada orang cakap, dia tanya sape??
Jaya dan puteri. Lepas tu, tak mengaku dia cakap pulak katenyer ada dia cakap depan-depan aku tak adakan??
Memangla tak ada, takkan ko nak cakap kat aku yang aunty 'cucuk' aku nanti ko takut aku bagitau aunty balik pulak bodo! bagi pulak ayat2-ayat nak membela diri buat ayat macam orang baik-baik. Kate kat
aku jangan suka dengar cakap orang aku cakapla tak tau orang yang cakap tanyala diorang. Aku pun malas nak
komen panjang. Aunty pun aku tengok tak puas ati. Lepas tu, Lai Ling tanya aku pasal loker kat
tesco. Dia kate tesco sekarang aku tak boleh masuk, jadi pulangkan balik id termasuk kunci
loker. Apehal pulak?! Kunci loker aku kunci duplicate pakai duit aku, yang ori aku
dah bagi kat HR. Duit RM 5 aku bayar kat sakai, sebab orang tua sengal tu baik hati sangat tolong
bayarkan (aku tak minta pun) RM 5 masa nak ambik kunci loker. Dan loker tu atas nama aku sekarang! Lai Ling kate tak elok gaduh-gaduh aunty intimate dah kasi tau dia mau pakai loker tu balik. Nak pakai
datang HR daftarla bodo! Datang daftar tak nak loker nak pulak b**i betol! Lepas tu, Lai Ling nak kunci loker tesco aku jugak dia ni tak paham-paham ker aku punyer kunci duplicate
bukan ori!! Dia kate tak apa dia bayarkan balik duit aku banyak cantik muke ko! Tunggu
aku comfirm berhenti baru aku bagi sume balik, barang-barang kat dalam aku ambik tak payah risau, masa
tu aku potong nama aku sebagai pemilik loker yang sah. Lepas dia blah, aunty pun cakap Lai Ling tak nak mengaku, takkanla hippo nak simply talk pulak. Nampak sangat takut masa aunty marah-marah
dia, aku dah stress giler dah. Aunty kate Lai Ling dan Kent ada masalah mental memang pun Lai Ling ader bagitau keje kena happy jangan stress dia tak sedar yang dia dah pun bagi aku
stress bengong betol! Aku ader cakap yang Lai Ling nak hantar aku kat Tesco Iskandar aunty
kate taktik kotor Lai Ling tak nak suruh aku berhenti tapi bagi aku tempat jauh-jauh lepas tu bile
aku tak boleh pegi aku sendiri berhentila same kes dengan dalila, keji btol! Malam, sampai rumah
mandi ape semua pukul 8 lebih malam aku dah tido, mengantok giler 3 hari berturut-turut tido lewat siapkan laporan punyer pasal. Pukul 10 malam, Jue tiba-tiba telefon pulak aku ingatkan dah pagi bute tengok
gelap sajer aku masih mamai masa tu tak sedar tido lampu pun tutup jugak. Lepas sembang dengan Jue
terus tak boleh tido tapi dah terlalu mengantuk pukul berape entah aku tertido balik…
Ulasan