Sales Tak Target Dan Pandangan Dari Leng Chai Ku


Pagi-pagi aku dah heret troli. Lepas tulis sales baru nak siapkan tugas yang en kamsun bagi semalam dah di bereskan oleh orang lain. Aik! Sape pulak yang buatkan? Aku rasa en mohd anuar kot, senang keje aku tak payah susah payah lagi. Terus aku topup barang, masa nak pegi topup barang, Hari pulak bersembang dengan mamat mana entah sembang kat tengah-tengah jalan pulak tu. Aku nak lalu pun susah, lepas tu aku cakapla elok-elok ‘excuse me please.' cepat-cepat dia ke tepi aku nak pandang dia pun segan. Lepas topup, aku susun barang kat kaca pulak. Memang sakit betul nak susun barang kat kawasan cermin kaca, Tiap-tiap minggu nak kena susun elok-elok, biar ada ruang sikit dahla aku punya barang letak sampai ke hujung cemin kaca nak capai sikit punye payah sebab di halang oleh meja lain kat tepi cermin kaca. Entah macam mana aku ternampak Hari asyik pandang aku kat celah-celah kaca. Aduuhh! Malunya, pesalla mamat ni pandang saje. Aku ingat hari ni nak panjat nak ambik losyen bawa turun semua, tangga pulak tak ada dahla Hari pulak ada hari ni seganla aku kalau dia tengok. Oh yala! hari ni Hari sibuk bukak block merchandiser rexona, tawaran dah habis lepas tu nak letak barang lain pulak. Masa aku topup barang pun dia kadang-kadang ada pandang aku, kalau pandang aku senyum tak apala jugak. Aku pun kadang-kadang curi-curi pandang dia, tengok dia tersenyum dan gelak-gelak dengan merchandiser rexona dan boss dia. Senyumannya sangat mempersonakan, boleh buat aku pengsan 2,3 kali. Masa aku nak kire check stock kat cermin kaca, aku rasa macam ada orang lalu kat sebelah kanan jadi aku pun pandangla. Mak aih! Hari rupenyer dia pun pandang aku sama-sama pandang, dia senyum-senyum kat sape entah lepas tu terpandang aku terus berubah sikit ekpresi mukenya. Nampak sangat kan dah terang lagi jelas, dia tak suka kwn dengan aku. Sedih giler aku. Petang, en kamsun bukak cerita pasal kes dia bertekak dengan Kent dan Lailing aku rasa malu sangat dengan dia sebab aku hormati dia. Kent dan Lailing tu bodo!. Lepas tu, hari ni petang hujan pulak. Lebat selebat-lebatnya, mampoila helmet aku bertakung dengan air. Boring giler sebab pelanggan pun tak ramai. Balik pukul 7 malam, siap-siap pukul 9 malam, buat blog kejap. Pukul 10 malam, baru mula buat laporan sampai 5 pagi. Memang tak capai bulan ni, ada sikit penipuan aku buat, iaitu tak tukar harga dan letak barang yang aku tak jual. Apa nak buat. Aku buat yang betol-betul 2k lebih sajer dapat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)