Hari Pertamaku Di BPSM Sitiawan

Hari pertama aku di tempat kerja baru iaitu di Bengkel Perlindungan Semangat Maju Sitiawan. Sebelum pergi kerja aku cucuk duit dulu kt ATM. Aku datang awal sikit dalam pukul 8.10 pagi sampai. Hari ni ada senaman dan sedikit ucapan buat budak-budak bengkel. Amy bawa aku naik atas ajar macam mana nak bungkus straw dan timbang. Lepas tu kena turun bawah kena pilih perca kain masukkan ikut warna sampai bermandi peluh aku dibuatnya, mana taknya panas gila kot sambil-sambil pantau budak-budak kraftangan. Pukul 11 pagi, Mr. Muni sampai berurusan dengan amy dan cakap 'welcome' pada aku. Pukul 12 tengahari, aku tengok henfon aku ada 1 misscall dan 1 mesej, rupa-rupanya Dhal mesej aku dan Lai Ling call aku entah apa yang dia nak aku pun tak tahu. Pukul 12.30 tengahari, aku naik atas pantau budak-budak buat straw. Cik Zainal tak ada ambik makanan untuk makan tengahari nanti, aku yang ambik alih tempat dia kejap. Aku tolong Hafeez Zain dan Iwan bungkus straw, Hafeez Zain buat kerja lambat dan Iwan pulak bungkus sampai penuh 1 plastik. Kadang-kadang ada tolong Aiman dan Am. Pukul 12.45 tengahari, budak yang nak pergi solat makan dulu. Yang tak pergi buat kerja dulu pukul 1 tengahari baru makan. Yang si Am suka bercerita dengan aku, dia cakap yang duduk fasa 3A dekat dengan rumah Amy. Pukul 1 tengahari, aku budak-budak lelaki yang belum makan lagi, adala kat 5 minit layan diaorang. Lepas tu aku pergi rehat, bajet nak makan kt Miss U tengok tutup pula. Terus tukar plan makan kat Secret Recepi, baru nak turun motor pergi Secret Recepi baru teringat beg duit aku tertinggal kat bengkel hampeh betul! suwey! Masa aku terbuang 15 minit, tak boleh jadi nanti terlewat makan kat Strawberry Cafe saja. Lepas rehat sambung pantau budak-budak kraftangan  dan aku main gunting kain. Pagi tadi aku dah mula mengantuk bosan gila asyik gunting kain saja. Pukul 3 petang, sudah mula kemas-kemas dan sapu kain-kain perca yang lebih aku bagi arahan kat budak-budak. Lepas tu amy suruh aku tengok budak-budak atas, aku pun pergilah. tolongla diaorang buat kerja sikit. aku rasa best lagi kerja kat atas dari bawah. Atas senang tak serabut. Am tak habis-habis cerita hal dia, katanya tahun 2004 dia kemalangan Van langgar dia masa naik basikal baru balik solat. Van langgar tangan dia, koma 3 bulan wayar cucuk kat leher terus jadi cacat separuh badan sebab tu tangan dia bengkok dan kaki kiri terjengket bila berjalan. Adik beradik 6 orang  3 lelaki dan 3 perempuan dia anak bongsu. Abang dan kakak dia semua dah kawin, kakak dia yang nombor 5 kawin tapi cerai pulak. kesian aku dengar cerita dia. Amy suruh aku budak-budak atas lap meja, diaorang pun dah siap kemas sendiri. Aku risau betul dengan Azza Azraf, muka boleh tahan hensem tapi adoooii kalau tiba baran dia aku yang mengelupur. Tengok macam tak suka aku saja. Pukul 3.45 petang, yang mana balik naik van dah balik dulu. Pukul 4 petang, ayah dah sampai tapi aku ada cakap sebelum balik aku nak singgah Giant kejap nak ambik printsale buat report. Budak-budak semua dah balik, tinggal aku, ayah dan Iwan. Aku balik 4.30 petang, ayah temankan aku. Memang mengantuk gila dan bosan, kepala aku tiba-tiba saja sakit pula. Pukul 4.30 petang, aku pergi Giant sampai sana pergi kawasan Softline kejap nak tengok baju kemeja. Gila! mahalnya tak banyak pilihan plak, dalam RM20 - RM30 jugala kalau macam baik aku tunggu gaji. Masa tu, semua budak promoter softline asyik pandang aku semacam. Lepas tu, aku jumpa Greedy dan Mickey, diaorang terkejut dan puji abis aku. Aku dah malu gila, aku dah cakap dengan diaorang yang aku dah berhenti dapat kerja baru kat firma kejuruteraan. Sambil bersembang dengan diaorang, aku tercari-cari juga Hari kat kawasan sabun baju. Entah macam mana baru nampak dia berjalan belakang Punis, malunyaaa. Mungkin dia perasan aku, Punis puji katanya aku nampak kurus. Sukanya orang puji aku dah kurus heheheh. Aku asyik ushar my little handsome man saja, rindunya kat dia. Dia pun tak ada mata mau pandang aku ceh! Entahla segan ke atau tak suka. Jangan-jangan dia dah tahu Dhal ada nombor aku, mati aku!!. Dalam perjalanan nak balik rumah baru teringat topup lupa nak beli patah balik pergi kedai Top Two. Sampai rumah aku otter seluar slack aku nampak besar dah macam badut aku tengok. Tiba-tiba aku rasa dah tak tahan sakit kepala sangat berdenyut-denyut, aku ada pesan kat ayah suruh beli panadol tapi tak balik-balik lagi lama betul beli panadol ke buat panadol ni??! Memang dah tak tahan gila, nak tak nak aku beli sajala sendiri kat kedai, baru nak turun nak pergi beli panadol ibu pula bising sebab aku keluar tak pakai tudung pulak. Dahla aku sakit kepala, dia boleh bising pula nak bagi aku mati cepat ke?! Terus pergi bilik aku kunci pintu, buka baju tak jadi pergi terus telefon ayah suruh cepat sikit. Bengang betul aku, beli panadol pun lambat terus aku rentap panadol dari tangan Iwan memang tak tahan gila wei! Rasa nak demam pun ada. Lepas makan ubat terus tido tak ingat dunia, pukul 8.30 malam, baru terjaga itupun Sham telefon dah tu bukan nak cakap. Aku mesej dia boleh pula cakap tak kenal aku tanya nama sapa. Geram aku dengan mamat ni, dia yang bagi nombor dia pulak yang tak ingat! Lepas mandi terus aku siapkan report sikit sambil main mesej dengan Dhal kejap. aku dan dia dah jadi kawan baik. Alhamdulillah harap dia tak cari penyakit dengan aku. Teringin juga nak minta nombor Hari kat Dhal tapi aku malula. Aku takut Hari marah sebab aku tau dia mesti tak suka aku. Tak apalah aku hanya mampu doakan dia dari jauh saja. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)