Pertama Kali Di Bengkel Perlindungan Semangat Maju Sitiawan
Pagi ada orang dari KL suruh aku datang untuk temuduga syarikat AE Technology Sdn.Bhd kat Cheras Jaya, Balakong. Alamak! sana ajak temuduga, sini pun nak temuduga juga mana 1 ni nak pilih? Terus mesej aunty minta pendapat dari dia. Cakap dengan ayah katanya tak apala pergi saja tengok dulu. Pukul 2 petang, aku dan ayah pergi tempat kerja iwan di Bengkel Perlindungan Semangat Maju, Sitiawan. Hari ni ada lawatan dari mana entah. Sampai saja sana aku di temuduga oleh bendahari jawatankuasa BPSMS. Fuyoo! speaking dan aku pun speakingla jugak. Ada jugak tanya dan apa faedah kerja kat situ. katanya kalau belum tetap tengokla 2 bulan atau 3 bulan. kalau dah tetap kerja situ aku kena menghadiri kursus perguruan di Ipoh selama 2 tahun. Gaji basic RM 555 - RM 650, sikit gila tapi aku tak kisah sangat pasal gaji yang penting kerja dan dapat keluar dari promoting line. Lepas temuduga Mr Muni suruh aku tengok dulu budak-budak buat kerja, kat tingkat atas pun ada lagi budak-budak yang buat kerja bahagian membungkus straw dan pemasangan wayar. Aku tengok melalui CCTV cukupla nak pergi atas segan pergi sorang pula ajak ayah tak nak pula. Selain itu, ada AJK lain juga datang Miss Chin. Mr Muni memperkenalkan aku pada Miss Chin katanya dia peguam. Agak lama aku kat situ, kaki aku dah mula sakit pakai kasut tumit tinggi. Aku ajak ayah balik katanya tunggu sekejap ada pelawat nak datang. Adoii! bosannya, aku tengok saja budak-budak buat kerja. Pukul 3.30 petang, baru sampai adooiii lambat betul fed up aku janji datang pukul 2 petang. Iwan nampak bas express mengelupor dia keluar, buat perangai aku dah segan dah. Fuyooo! ingatkan pelajar melayu mari rupa-rupanya dari luar negara mari maa, semua muslim. negro ada, mat salih ada handsome perempuan pun ada yang lawa. Aku ajak iwan jalan-jalan kat kedai 5 sen sebelah. Aku tengok minyak wangi tak banyak, minyak wangi sini dengan kat billion lagi banyak tapi tula serving dia tak bagus aku masih bengang lagi dengan cashier. Surrender nak pergi shopping sana, baik aku cuba shopping kat 5 sen sebelah bengkel ni. kalau tak ok jugak maafla aku guna balik enchanteur body spray. 2 kali aku jalan ke sana bosan tak ada apa pun nak buat pelawat datang tengok budak-budak buat kerja. Ayah ada bagi air kotak aku tak nak nak minum ait tin, aku cakap dengan ayah yang aku nak bawa iwan makan kat Strawberry ayah tak bagi kejap lagi. Akhirnya aku pergi sajala nampak sangat macam lama, aku pergi seorang order air pepsi saje. Dalam pukul 5 petang jugakla baru habis. Adoiii mak! Letih giler! Balik rumah tukar baju terus pergi KFC Tesco, ajak
makan KFC Giant tak nak, kalau tak boleh tengok Hari tengah buat kerja he3x.
Ulasan