Hari Terakhir Aku Kerja Sebagai Promoter

Pagi-pagi Hippo dah tegur aku. Sham pulak buat-buat tak kawan aku tapi tak apa aku paham. Aku tercari-cari juga Hari. Haih manala my little handsome man aku ni, takkan dia kat belakang pulak sudahlah hari ni hari terakhir aku. Masa aku nak top up barang, entah macam mana ternampak Hari dari jauh kat area promotion depan pintu masuk. Dia pun nampak aku kot, baru sebut nama dia dah muncul. Pelik. Aku asyik ushar dia tengah buat kerja saja. Wow! tangan dia betul-betul sasa siot. Hensemnya!! Dia pun ada pandang aku. Hippo ada tunjuk gambar kuih raya yang kakak dia buat, semua buatan dari buttercup. Masa rehat pula, aku rehat dengan aunty kat tempat baru iaitu Happy Castle, Sitiawan (berdekatan Econsave). Sampai sana aku sempat tunjuk tempat baru yang aku kerja. Lepas rehat, sementara tunggu pelanggan datang aku sembang-sembang dengan aunty. Lepas tu, ternampak Hari nak buat harga untuk sabun cuci pinggan Labour. Aunty pergi tanya dia berapa harga, dia jawap RM 13.29. Lepas masa sembang-sembang dengan aunty lagi, aku senyum-senyumla tak sangka Hari muncul entah macam mana dia pun senyum juga kat aku. Oh! my goodness! So handsome, man!. Adooii tergoda aku, macam tak percaya. Aunty suruh aku bagitahu Tamang yang hari ni aku terakhir kerja dan berhenti tapi aku segan pulak nak cakap dengan Tamang sambil-sambil tu aku pandang Hari, Hari pun pandang aku. Lepas masa sembang juga, elok aku nak pusing pandang area sabun baju entah macam mana Hari muncul lagi kali betul-betul bersebelahan aku. Terkejut jugak aku pandang dia. Dia pandang tempat lain muka serius saja macam tengah cari orang pun ada. Lepas tu, aku nampak Hari duduk kat troli area sabun baju, asyik tengok aku jugak kadang-kadang tengok Wong yang lalu lalang. Rupa-rupanya dia tengah tunggu member dia tengah buat harga hampeh! Aunty promoter Holicks belanja aku dan aunty minum Holick tengah offer, saja nak tasting. Petang, aku jumpa En. Kamsun kejap minta printsale aku dan aunty sekali. Untuk rehat yang ke 2, aku minta aunty back up aku kalau aku lambat masuk. Lepas tu aku terus ambik buah manggis dan langsat dan terus pergi Rapid ambik printsale dari Arif. Sampai Rapid Nor tak datang jugak kerja. Arif tak buat lagi printsale katanya komputer rosak tapi dia cuba tengok dulu. Sementara tunggu Arif buta printsale aku ushar saja kaunter Nor dan malas nak bertegur sapa dengan promoter lain mujur dapat prinsale semalam, aku ucap terima kasih kat dia. Lepas tu, Aku pergi pasar ada seorang mamat ni dia jual minyak wangi import luar negara muka dia ada iras-iras sikit macam Hari. Boleh tahan hensem. Harga mina wangi saja dah RM 50 - RM 60. Kalau ada bawah RM 20 pun sikit saja. Abis rehat, aku tolong aunty letak barang free gift kat atas, dia ada bagi aku free gift iaitu payung syahirah. Pukul 7 malam, aunty suruh aku cari En. Kamsun kat pejabat minta sain kat dia. Masa nak masuk dalam, aku nampak Hari pula ada kat area punch card. Aku minta cop dari Kak Shiela tapi Sham yang copkan. Aku tanya aunty pasal closing stock dia kata kena buat sebab aku punya report nanti datang orang baru dia buat opening yang baru. Mujur aku ingat nak tanya kalau tak, tak buatla closing stock aku. Pukul 7.15 malam, cuaca mendung gila aku ikut aunty keluar sambil bawa payung yang dia bagi. Senang kalau apa-apa jadi aunty back up tak adala orang tuduh aku curi payung. Kebetulan aku nak bagi dia buah, Syam pula sempat main payung aku. Gatal betul tangan. Sebelum berpisah aku dengan aunty, sempat dia bagi nasihat dan bersalaman, aku risau jugak kalau-kalau dia lupakan aku saja. Aunty tu bukannya boleh, kadang-kadang lupa. Malam, aku sibuk buat closing stock semua aku kira. Hari pulak aku tengok macam tak ada kerja macam biasa ayik pandang orang lalu lalang, ada juga terpandang aku. Aku tak sempat nak pandang dia, entah macam mana aunty promoter Holicks tanya aku aunty mana dan aku shift full ker? Kebetulan Hari ada kat depan asyik tengok aku. Bila dah hari terakhir kerja ni aku jadi malas nk buat sales kebetulan kaki aku pulak sakit dan boring. Hujan pun dah mula turun dengan lebatnya. Masa layan pelanggan kat area perubatan nampak Sham lalu. Aku tegurla 'Hi, balik pukul berapa? dah nak balik ke?' Entah macam mana Hari ada kat celah-celah block,. Aku baru nak pandang dia dah hilang pulak, ermmm kecewala jugak. Tadi ada nampak dia lalu kawasan nak buat tanda harga depan cashier, lalu aku tunggula kawasan pencukur manala tau dia lalu kat kawasan body shampoo bolehla ushar dia kejap. Beberapa minit kemudian, aku pun pandang kawasan ubat gigi ternampak Hari lalu kawasan tu. Apa lagi terkejut jugak aku, dia pandang aku saja. Malu punya pasal aku tunduk sajala adooii. Aku ada juga terdengar hari batuk-batuk, risau jugak kalau-kalau dia tak sihat. Dahla hujan ni macam mana dia nak balik takkan main redah saja, kang demam pulak. Harap-harap dia balik nanti selamat sampai, semoga sihat dan cepat sembuh ya. Pukul 9.15 malam, aku pergi kat cashier tengok Tamang bayar barang dan kebetulan Dhal ada. Dia kacau aku, lepas tu aku bagitahu dia yang aku nak berhenti dan hari ni adalah hari terakhir aku. Aku bagitahula aku dapat kerja firma jurutera kat Sitiawan. Dia pun katala 'So good' dan aku cakap dengan dia yang aku takkan lupakan kawan-kawan kat sini. Dhal ada cerita yang dia masih simpan kad kerani. Dulu dia bekerja kerani setiausaha firma jurutera juga kat Qatar dah lama kerja sana 7 tahun  katanya. Lepas tu, berhenti dan gaji dia pun 2k kot. Terkejut juga aku lepas tu dia minta no telefon aku, mula-mula aku tak nak bagi dia kata kawan-kawan kalau ada masa mesejla. aku pun bagila tapi aku cakap  dengan dia jangan bagi kawan-kawan dia dan jangan contact aku selalu kadang-kadang tak apala. Masa balik, aku balik awal 10 lagi nak pukul 10 malam ternampak Sham pula dia cakapla 'hujan renyai-renyai macam mana nak balik'. Tak apala aku redah sajala. Sementara hujan berhenti sembang kejap dengan dia. Aku cakapla hari ni hari terakhir aku, datang sini pun shopping sajala dia pun kata tak apala. Lepas tu, aku redah saja dah pukul 10.05, dahla balik nak siapkan report. Dhal pulak misscall dan mesej aku pakai nombor maxis dia, aku balasla. Dia asyik kacau aku dah tu nak jumpa pula kat sitiawan, aku dah cuak menyesal plak bagi nombor. Mujur dia kawan aku kalau tak, tak taula nak cakap. Lepas tu aku siapkan blog hari ni kejap, baru siapkan check stock. Pukul 12 lebih baru tidur.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)