Jelingan Maut Untuk Leng Chai Ku

Hari ni sampai saja Giant, Hippo bagitahu barang aku dah sampai banyak ada kat receiving room. Aku pun pergila ambik dia pun nak ikut sekali pulak. Aku tengok kat belakang memang banyak gila barang aku sampai. Hippo tolong tengok sajala. Lepas angkat barang masuk dalam troli terus blah tinggalkan Hippo kat belakang. Dia pulak suruh aku jangan laju sangat, kaki sakit katanya. Sapa suruh jalan dengan aku? Aku tak suruh pun. Aku betul-betul tak selesa jalan dengan dia. Lepas tu, aunty datang, Tamang kata barang aunty pun ada sampia jugak tapi tak banyak mana pun. Aku dan aunty sama-sama susun barang. Sebelum aku susun barang aku, Tamang minta tolong dia balut block ubat gigi Colgate dengan kertas Hari Raya. Aku ternampak hari tengah panjat tangga kat kawasan can food. Dekat kawasan tu dia dengan pengurus dan Dhal tak silap aku, dia terpandang aku dan tersenyum kat aku. Aku pun apalagi jeling-jeling manja gitu kat dia heheheh. SENGAJA aku jeling bagi dia tergoda sikit. Sebelum Taman keluar rehat, dia bagi aku 'kerja' suruh buat harga colgate dan letak kat block offer tadi. Malam, Hari ada lalu kawasan biasa dia lalu iaitu kawasan tisu dan mandian badan. Kebetulan aku pulak pandang kat kawasan ubat gigi jadi kira membelakangkan dia la. Tapi aku perasan dan tau dia lalu sebab aku dengar bunyi 'keching' kunci dia. Aku berani kerat jari la, mesti dia ada pandang aku tadi. Pukul 9 malam, aku dan aunty tolong Tamang letak tanda harga kat colgate  dan terserempak pula dengan Dhal, Khai dan leng cai aunty. Dahla kacau aku, lepas tu Dhal dan leng chai aunty sibuk juga tengok aku letak tanda harga dahla aku berdiri tengah-tengah diaorang nampaknya si Hari 'hitam' muka dia hehehehe (berangan)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)