Hari Ke 3 Sebelum Letak Jawatan (Hantar Surat Perletakkan Jawatan)

Hari ni aku sampai saja Giant, Hippo tiba-tiba datang kat aku tanya betul ke Lai Ling ada cakap belakang-belakang tentang dia dan Greedy? Aku jawapla ada, dia pulak sibuk tanya apa yang Lai Ling cakap dekat dia dan Greedy. Sempat juga Hippo melepaskan geram dia pada Lai Ling dekat aku. Aku bagitahu Lai Ling yang aku dah dapat kerja baru jadi Instructor di Bengkel Perlindungan Semangat Maju Sitiawan tempat kerja Iwan. Minggu depan hari isnin aku mula kerja di sana. Aunty cakap tahniah! kat aku tapi dia juga ada bagitahu yang aku akan kena bayar sebab tak cukup notis 1 bulan. Aunty suruh aku jumpa Lai Ling masa rehat nanti. Hari ni William datang shopping bawa baby girl dia yang comel, aku dan aunty apa lagi pergila ushar baby dia kejap. Lepas tu, aunty nak beli biskut oreo ada offer. Aku pun sempat ikut dia , beli sampai 2, 3 tin. Sebelum saat-saat akhir aki menjadi promoter, aku nak ushar Hari sepuas-puasnya. Dia tengah buat kerja pun aku ushar jugak sampai tak ingat dunia heheheh. Kalaula aku ni tak waras dah lama aku terkam dan peluk dalam dakapannya yang tegap tu. Bunyi macam rakus...Ah! lantakla kalau hati dah suka...kalau hati dah angau nak buat macam mana. Aku tengok dia macam muram saja tak tahu kenapa, ada masalah ke? Petang, aku tolong Tamang buat harga lagi dan susun barang. Aku rehat awal sikit sebab aunty kata lebih baik jumpa Lai Ling awal takut dia pula keluar rehat. Sebelum keluar rehat, aunty pesan kat aku jangan cakap dekat Lai Ling dapat kerja Instructor cakap saja dapat kerja di Syarikat Kejuruteraan jadi jurutera. Kalau cakap perkara sebenar nanti dia pandang rendah pada aku. Lepas tu, heboh kat promoter lain. Masa rehat, aku berdebar-debar telefon ayah suruh datang awal sikit lepas tu cari Lai Ling. Sementara tunggu ayah aku telefon Lai Ling, hanya nak tau dia kat mana sebab aku nak jumpa dan katanya dia kat Econsave. Sampai Econsave, ayah dan Lai Ling berbincang pasal dapat tawaran kerja tempat lain. Tak sangka aku terserempak dengan Delila sempat jugak aku jeling kat dia. Aunty ada tolong aku cakap kat Sham yang aku dah nak berhenti. Pukul 7.15 malam, aku sempat lagi berborak dengan aunty dekat tempat loker. Hari ni jugak hari terakhir aku di Giant. Esok dan lusa kena stand Rapid, malas betul nak pergi sana. tu satu hal, satu hal lagi aku tak puas lagi nak 'tatap' jejaka idaman aku tu. Masa nak masuk dalam, aku bertembung pulak dengan 4 orang pelanggan Nepal asyik tersengih-sengih geli aku. Jangan cakap diorang tu kawan-kawan Hari sudahla. Jadi aku pandangla kat tempat lain, lepas tu pandang depan balik pergh! terkejut gila aku tiba-tiba Hari lalu tepi diorang. Cepat-cepat aku lalu tempat lain takut berlanggar pulak dengan dia. Dia pun buat-buat tak nampak aku, mungkin tadi dia perasan aku kot cuma aku saja yang tak perasan. Malam, aku dah mula boring gila rasa malas nak sales lagi 2 hari aku nak blah dah. Pukul 8 malam, layan pelanggan mat saleh, mat saleh tu siap boleh buat lawak pulak dengan aku. Main-main saja lebih nasib dah tua tapi macam gatal pun ada, budak-budak cashier dan Sham asyik tengok aku layan mat saleh sambil tersenyum-senyum. Pukul 9 malam, aku ternampak Sham lalu aku panggil dia. Aku minta maaf kat dia, ingat nak jumpa dia kat luar sekejap tapi dia terus bagi no telefon dia. Aku pulak asyik pandang Hari, Hari pun aku tengok asyik pandang akusedih sangat nak berpisah dengan dia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)