Pantang Orang Buat Kerja Tak Betul
Pukul
11 pagi aku dah bangun, siap sedia nak pegi membeli-belah. Lepas tu nak pegi cari keje sekali, aku dah
fedup jadi promoter ni. Ayah ader cakap nanti nak buat aku punyer IC baru, puulaak! Aku
dahla nak pegi membeli-belah lagi, nak cari keje lagi. Lepas tu ayah kate kat tempat keje iwan ader kosong 1
cikgu, kata ayah tempat tu mengajar budak-budak istimewa, gaji RM600 memang nak pakai orang. Ayah tanya nak
ke?? Aku cakap ‘biar orang fikir dulu’, pertama kali nak jadi cikgu. Untuk budak-budak istimewa
pulak tu, akhirnya aku fikir-fikir nak pegi buat IC dulula membeli-belah kemudian. Jadi aku pun pakai baju
t-shirt, seluar jean dan tudung biru, baru nak pegi, ayah beristighfar panjang bising orang
tua tu suruh pakai baju kurung pulak. Adooiii masalah betolla! Dah pakai baju kurung dan
tudung biru turun bawah dah standby nak pegi. Ayah komplen lagi katenyer pegi pukul 2 petang,
sekarang baru pukul 12.15 tengahari. Celaka betolla! Buat penat aku sajer awal-awal tak nak cakap!! Last
minute baru cakap, aku pantang betol orang cakap last minute nila!! Dahla nak siap bukan main
kelam kabut bengang aku! Terus aku bad mood! Lepas solat jumaat, dia tak siap-siap lagi
lambat nak mampos! Aku dah panas giler tunggu kat luar Sampai bangunan pentadbiran manjung,
terus tunggu giliran untuk cop jari dan tangkap gambar buat IC baru. Masa nak cop jari tiba-tiba ada orang telefon nombor pejabat. Entah-entah orang nak ajak temuduga keje hape? aku matikan sajer,
nak cakap karang orang tua tu bising dia bukan boleh over sangat macam dia pulak nak buat IC. Giliran aku tangkap gambar pekerja (perempuan) sana suruh aku tukar tudung pulak. Aik! kate warna biru
ape bute ker tak nampak aku pakai tudung warna biru! Nak tak nak terpakse tukar tudung pakai
tudung biru gelap, tudung pun macam mak cik aku malas nak bukak tudung main sarung sajer
senang. Mok! Sekali pakai macam nenek pulak betol-betol hodoh giler! Tangkap gambar sekali pekerja tu
kate ok dah siap. Lepas tu, aku duduk kat kaunter entah macam mana dia suruh tangkap gambar lagi sekali
patutnya tangkap gambar 2 kali tapi pekerja tu sengal buat sekali sajer. Bodoh! Macam mana buat keje aku pun tak tau!! Ayah dah bising-bising salahkan aku sebab cepat sangat. Aku pulak orang tu sengal buat keje tak betol
dia cakap dah siap aku pun bukakla tudung tak kan aku nak pakai tudung macam nenek pulak!!! Gilerla betol-betol buat aku marah dan tak ada mood! Lepas semua selesai, ayah suruh beli topup
untuk telefon nombor yang telefon aku tadi. Aku tuntut ayah RM 20, tak kira. Kat rumah pinjam RM10, lepas tu masa
cop jari bukan nak bagi RM 10 aku pulak kena bayar sendiri RM 10. Ayah ajak makan kat tempat biasa
selalu sarap aku tak ade selera nak makan yang aku fikir nak balik cepat nak membeli-belah
lagi. Lambat aku balik dari membeli-belah nasibla, sebab kate ayah lagi, nak bawa aku jumpe cikgu
tempat keje iwan lagi suruh tengok macam mana dulu. Berbalik pada telefon tadi jenuh aku telefon tak dapat kalau
ader pun operator yang cakap tu pun jatuh kredit aku. Lepas ayah melantak, terus pegi tempat
keje iwan. Sampai sana jumpe cikgu Aimi, kenal-kenal ape semua dia suruh aku datang esok Interview
bawa resume Jadi esok aku kena Off lagila ambik iwan terus balik, sampai rumah dah
4.30 petang. Kelam kabut aku siap-siap pakai baju biasa, baju kurung entah aku campak ke mana
aku pun tak tau. Aku pegi membeli-belah kat Tesco, ingat nak membeli-belah separuh tesco separuh kat giant. Alang-alang jumpe aunty nak cakap pasal pegi temuduga jadi cikgu, tak jadila membeli-belah di tesco
sajerla. Membeli-belah punya membeli-belah bonet motor penuh pulak, adooii terpaksela gantung kat pemegang motor ni yang leceh ni! Menyesal pun ader lainla aku bawa kereta nak membeli-belah banyak
mana pun tak apa kereta aku bawa sorang sajer ruang pun banyak. Akhirnya, membeli-belah yang ke 2pegi sajela giant kejap semata-mata nak jumpa aunty. Nak pegi esok takut ayah ajak pegi pasar, pulak tu
esok Hari ader malula aku. Lantakla ape orang giant nak cakap, tapi masa tu dah pukul 5 petang aku
takut aunty pegi rehat jadi aku pun pegila giant ushar dulu, cari kat tempat letak kereta xde sah g
rehat. Tak apala sementara aku nak pergi makan nasi lemak kat Old Town. Pukul 6.15 petang, terus pergi Giant. Aku jumpa saja aunty terus aku cerita dari a - z, aunty banyak bagi aku nasihat dan pandangan nak menangis aku di buatnya tapi aku tahan. Masa dalam perjalanan nak pergi Billion aku menangis sepuas-puasnya sebab teringat pesanan aunty. Aku ingat hari terakhir aku bekerja sebagai promoter nak ajakla aunty makan sama-sama dan nak jumpa Sham sekali nak minta maaf kat dia. Pukul 7 malam, aku pergi kedai 5 sen belakang Billion pulak beli minyak wangi aku ambik 2 botol baru RM 10 lebih. Masa nak bayar cashier tu tersalah kire dia pergi kira barang orang lain sekali slumber dia masukkan minyak wangi aku dalam plastik orang lain. Jadi RM 55 lebih terkejut gila aku takkan minyak wangi 2 botol sampai RM 55 lebih, melampau! apa lagi bengang gila aku!! Aku hampir nak maki kot mujur pelanggan belakang aku tengah tunggu giliran nak bayar. Aku pantang betul orang buat kerja tak betul ni!! Cashier tu macam nak salahkan aku sebab dia tanya tadi minyak wangi sekali ker? (dia angkat minyak wangi aku lagi 1) Dia tak tanya pun barang dalam plastik aku punya ke tak kau angkat minyak wangi saja nak salahkan aku pulak!! yang pelanggan main tinggal barang atas kaunter pun sengal jugak!! Ha! Dah tau nak ambik barang orang lain ke hape ke ambikla plastik barang sendiri sekali main tinggal saja! bebal!! Lepas tu Cashier tu minta maaf kat aku tak cakap apa terus blah macam tu saja. Semua sekali baru RM 13 lebih tapi kalau tengok harga baru RM 10 lebih macam mana boleh jadi RM13 lebih itu yang aku heran tapi aku malas nak tanya terus blah. aku nak beli barang kat 5 sen lagi. Lepas tu, aku terus pergi beli DVD Prometheus dan Piranha 3D. Pukul 7.30 malam, baru balik. Pukul 10 malam, layan Piranha 3D suspen siot.
Ulasan