Membantu Mak Angkat
Pagi, tengah syok cari pelanggan entah macam mana aku pandang sebelah tiba-tiba muncul si Hari., terkejut jugak aku. Dia terpandang aku dan aku cepat-cepat pandang depan, malu betul aku apa kes entah? Pukul 1 tengahari, aku makan tengahari kat Wau Bulan. Aku hampir tak dapat tempat duduk tadi ada 1 tempat duduk kosong, lepas tu ada orang ambik pulak adooii. Mujur ada pelanggan dah nak blah, kalau tak makan bersila atas lantai sajala. Ada yang dah makan bukan nak blah boleh sembang-sembang lagi pulak, orang lain pun nak pakai tempat jugak. Kadang-kadang geram jugak aku. Nak sembang balik rumahla! Lepas rehat, aku nampak ambik troli kat luar. Aku pun tegur dia buat tak tau nampak sangat hari ni ada apa-apa yang tak kena. Masuk saja dalam Giant, betul tekaan aku, dia bising-bising sebab barang dia banyak sampai. Barang yang tak order banyak sampai, yang order tak nak sampai. Aku agak dalam 1 catton jugakla, tapi pakai 3 troli. Dia minta tolong aku tarik troli kat receiving ada 2 lagi tak tarik kebetulan aku tak ada kerja jadi aku pun tolongla. Dia pun tak larat susun barang banyak-banyak. Sesekali aku tolong Tamang susun barang dan buatkan harga sekali. Lepas tu, tamang kata barang aunty ada lagi kat belakang. Aunty ingat Tamang main-main, dia suruh aku pergi tengok jadi aku pun tengokla kt receiving. Tak ada apa-apa pun, jadi aku pun bagitau kat aunty yang aku tak nampak apa-apa pun sampai aku perasan Hari yang kat kawasan sabun baju pun pandang aku. Tamang tunjukkan tempat barang tu, rupa-rupanya kt Loose Form mana aku nak tau dah tu tinggi pulak tu nak ambik kena naik 'kereta'. Tamang kata 1 cotton 14 kotak, mak aih! macam mana aunty nak susun ni?? Mampos! Lepas tu, aku tunjuk kat aunty pulak pada mulanya aku ingat baby punya shampoo aunty kata scrub mandian badan. Aunty minta tolong Tamang 3 kotak turunkan yang berlainan perisa. Bila bukak saja kotak refill pulak ingat botol patutla aku tengok kotak kecik mustahil botol. Aku tolong aunty buat tanda harga, Dhal pulak guna print sale sikit punya lama, taip pun lambat nasib aku kawan dia sabor sajala tunggu. Sambil aku tengok cara dia taip, aku sempat berangan kalaula yang buat kerja kat depan tu Hari comfirm aku asyik tengok saja sambil tersenyum tak payah pandang kiri kanan hehehehe. Nak pulak sambil dia taip harga dia tersenyum dan berbual dengan aku..aduhai! Bahagianya aku!! Hari pun buat-buat tak kisah dengan aku mungkin dia sibuk sangat hari ni. Aku ternampak dia, dia terpandang aku dan cara dia macam nak cari seseorang mungkin 'abang' kesayangan dia kot. Aunty keluar rehat lewat 15 minit, pukul 7 malam balik sebelum balik lepak dengan aunty kat Mr Cendol. Lepas tu keluar terus pergi kawasan Rapid beli tudung pulak, yang murah-muah esok nak pergi Bengkel Perlindungan Semangat Maju Sitiawan lagi
Ulasan