Hidup Ni Jangan Suka Menipu, Berhutang Dan...Kutuk Belakang Kawan
Hari ni, aku shift petang. Aku tak ada masa nak ushar Hari hari ni sebab aku betul-betul sibuk gila. Mungkin dia ada pandang aku dan tengok aku sibuk hari ni tu dia tak 'kacau' aku. Entahla berangan dalam mimpi dia macam tu bolehla ceh! Lepas aku buat check stock kat cermin macam biasala. Hippo dan Greedy kebetulan ada dekat situ, lepas tu Hippo cerita kat aku yang Nor kat Giant tak buat kerja banyak saja lebih. Dia pun malas nak ambik tau pasal Nor, sebab Nor kutuk dia belakang-belakang. Hippo kata Nor merayu-rayu nak main kutu siap nak bayar RM 10.00. Aunty ada cerita bab tu semalam kat aku. Nor bagi kat Greedy RM 10.00 suruh bagi kat Hipponak main kutu tapi bila Greedy nak bagi dekat Hippo, Hippo kata suruh Nor bagi sendiri dari tangan dia. Hippo kalau boleh tak nak main kutu dengan Nor sebab dia kuat berhutang dan penipu. Duit orang kampung sendiri pun dia tipu sampai cari Hippo orang kampung dia tu. Hippo tak nak tanggung risiko tapi dia bagi jugak Nor main TETAPI...kalau dia nak blah, tunggu hujung bulan semua bayar baru dapat. Sampai merayu-rayu Nor nak main kutu juga. Entahla aku pun tak faham dengan perangai Nor tu. Tapi matila aku kalau dia tak buat kerja, patutla aku check stock tak banyak barang jalan macam tu jugak. Aku ingatkan hebatla sangat! Malam, Aku boring gila sebab tak ada member, aku sorang-sorang saje.
Ulasan