Pertama Kali Stand Di Rapid

Hari ni aku pergi Rapid, tak tau ikut mana aku main redah ikut pintu tepi. Kebetulan aku nampak ada seorang promoter lalu situ aku pun ikut sajala. Lepas tu, aku tanya promoter HBA kat mana nak punch card diaorang cakap kat belakang. lepas pergi belakang, aku buat kerja aku sambil tu aku tengok jugak sampel cara nak bukak bil macam mana. Ushar barang aku 1 kaunter lepas tu cari pelanggan. Aku tengok kaunter Kak Nor lebih kurang macam kaunter Kak Alia kelam kabut dan senget benget tapi Kak Alia lagi teruk aku tengok. Sakit mata aku tengok tak reti susun kemas-kemas ker?! Woi! pagi masuk dah rasa panas gila, berapa kali kibas baju aku. Tak nak buk aircond ke?! Promoter lain semua aku tak tegur, aku buat hal sendiri saja tapi hari ni promoter Safi ada 2 orang, promoter Ginvera dan Ivy. Aku tengah layan pelanggan entah macam mana tiba-tiba budak Ivy dan Ginvera asyikla ushar aku. Aku nak serve pun jadi tak senang duduk. Aku tulis sales pun ‘mark’ aku nak-nak si Ivy tu!! Geram tol aku!! Aku agak yang ginvera ni sofia kakak kepada delila yang aunty penah cerita kat aku. Tiba-tiba Ginvera tanya aku "ko rehat pukul berapa?!" 2 kali kot dia tanya terkejut gila aku! Besar jugak suara dia. Aku tunjuk 1 jari saje cukup. Tiba-tiba perut aku dari pagi tadi macam nak buat hal. Sakit semacam saje, dahla tandas aku tak tau kat mana nak tanya malas. Pukul 1 tengahari, baru nak keluar rehat terserempak dengan Dila. Tak sangka dia kerja kat Rapid, katenya dah 2 bulan dia resign Tesco. Dia kerja bahagian promoter pakaian, lepas tu terus aku pecut balik rumah semata-mata nak buang hajat dah tak tahan sangat. Lepas rehat pertama, Lai Ling telefon tapi aku tengah bawa motor macam mana nak angkat telefon. Dia datang Rapid apa lagi pot pet la dia. Sepatah apa pun aku tak paham dia cakap apa. Lai Ling kate handfhone, seluar jean boleh pakai dan bawa masuk. Siapa cakap dengan aunty handfhone tak boleh bawa masuk? yang aku bengang sekali, baru nak attack pelanggan promoter lain terus sambar pelanggan yang sama jugak. Tak sempat nak bukak mulut diaorang dah celah dulu. Gila betul!! macam dah tak ada pelanggan lain saja nak attack! Dahla tu slumber makan gula-gulala, kacangla ambik kat temapt Kak Nor. Pelik-pelik betul promoter kat sini. Yang Arif pulak dari aku kat Ceria-Billion-Rapid asyikla 'mark' aku, apasal?! tak puas hati?! Lepas tu, tiba-tiba Greedy datang dengan Kak Ram cepat-cepat aku menyorok malu kalau dia tengok aku ada kat sini. Ada jugak Greedy panggil aku tapi aku buat-buat tak tau. Lepas diaorang pergi, Kak Seha cari aku dia cakap Greedy suruh bagitahu aku hari isnin shift aku buat petang dia buat pagi puulaak! Alasannya hari selasa dia dah nak pergi makan malam jadi apa kena mengena dengan shift. Aku dah mula risau macam mana nak pergi KL sempat ke isnin kalau macam tu lepas aku balik pukul 10 malam terus pergila. Dahla perak-selangor 4 jam lepas tu nak cari tempat tu lagi ayah bukannya tau sangat kawasan Selangor cume rumah pak itam saje yang tau. Nak tak nak kena bagitahu ayah jugak tanya macam mana. kalau dah shift pagi dah elok dah balik pukul 7 terus bertolak. Rehat ke 2, aku rehat kat Kopitiam Manjung saja. Petang baru rasa sejuk sikit tu pun rasa dengan tak rasa saja. semua promoter tak berani atau tak mau tegur aku, berani ushar saje bengong betul! Malam, sampai rumah aku tanya ayah pasal nak pergi KL temuduga ayah kate tak jadi pergi pulak. Sebab ayah telefon pak itam kate jauh. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)