Berakhirnya Sebuah Percintaan
Pukul 2.35 pagi, cinta hati whatsapp dia ajak video call bosan katanya. Aku ok saja. Masa dia nak video call line macam teruk, slow sangat tak dapat nak video call. Lepas tu dia cuba call (whatsapp) biasa pula. Aku dengar dia cakap tapi tula line macam bermasalah. Cinta hati minta gambar aku, rindu katanya. Aku manalah ada gambar terbaru nak bagi gambar sekarang pun buruk. Dengan pakai baju tidur dan free hair lagi. Esok dia kata nak datang rumah aku. Aku cakap jangan nak mengada-ngada buat pasal kat anak dara orang :P Gelak sajalah si cinta hatiku tu. Lagipun aku memang tak berani bawa laki masuk bila ibu dan ayah tak ada. Kata cinta hati dia pun tak berani nak masuk. Tapi kalau kat hotel berani kot. Terkedu aku...Aku cakap dengan dia jangan buat pasal. Asyik gelak saja, kita tengah serius ni :( Kata cinta hati yang dia pun serius dan minta aku bookingkan hotel untuk dia. Tak ingin! Entah perempuan manalah dia nak angkut. Cemburu aku dah mula datang dah. Cinta hati kata aku memandai saja dia tak pernah tidur dengan perempuan. Sudah tadi kata tak kisah kalau datang hotel. Katanya lagi maksud dia tu aku...tapi ayat dia tu lain macam betul, aku jadi curiuos pula. Cinta hati kata tak payah nak curious sangat. Asal aku cakap dia gelak. Bila aku serius dibantainya gelak, bila dia serius aku pula bantai gelak...sabar saja. Dia tanya aku tak boleh ke boyfriend nak whatsapp? Apa pula tak bolehnya, boleh sangat. Dia minta aku tolong kejutkan dia pukul 9 pagi dan aku ok saja. Macam biasa cinta hati tak jemu ucap 'love you' kat aku. Bahagia terasa...Pukul 7.50 petang, cinta hati whatsapp aku lagi dia tanya aku ada tak orang nak beli dia punya handphone Samsung J5. Jual lagi? dia hantar gambar handphone yang dia nak jualkan tu. Aku bising kat dia asyik nak jual harta sendiri saja, nanti apa yang tinggal? Kata cinta hati dia ada banyak lagi, bukan dia nak pakai duit cuma tak cukup duit saja. 'Jangan tinggal sehelai sepinggang sudahlah b...Sayang nak handphone b tak bagi, dijualnya pula.' Cinta hati kata dia kat Ipoh sekarang ni nak bayar sewa hotel. Dia tanya ada tak yang nak beli? Sebab kat kedai handphone ni second RM 500. Aku cakaplah tak ada. Aku suruh dia jual kat kawan-kawan dia, promote sikit. Kata cinta hati dia dah banyak jual kat kawan-kawan dia sampai diaorang tak larat nak beli kat cinta hati. Kalau ada facebook kan senang sikit boleh direct selling, promote barang kat group facebook. Ini cinta hati aku tak minat nak berfacebook bagai susahlah. Aku nak tolong boleh promote kan tapi handphone aku pula masalah tak tau nak cakap macam mana. Cinta hati nak pakai duit tu hari ni. Dia minta kejap RM100...RM50...RM30...RM20...RM10 atau RM 5. Aku tanya minta kat siapa? Katanya kat akulah. Lagi pinjam??? Hutang aku yang lepas pun dia tak bayar lagi nak pinjam lagi taubat aku. Cinta hati akan bagi IC dia janji dapat bonus isnin ni dia bayar. Aku cakaplah yang aku bukan orang senang, aku pun nak pakai juga dengan rayanya lagi. Tahun ni aku tak nak beli apa-apa untuk raya pakai yang tahun lepas punya. Dengan tanggungjawab aku sebagai anak sulung, sepatutnya dia sebagai teman lelaki lebih memahami. Katanya dia bagi IC kalau tipu dia suruh aku buat report. Aku tak percaya dia boleh bayar balik, berapa kali dah dia berjanji dengan aku macam tu juga bukan aku tak tahu perangai dia tu. Puas dia pujuk aku nak pinjam duit. Sekali lagi bagi aku serabut dan runsing dengan perangai dia yang tak boleh nak faham aku. Malam nanti ada duit dia bayar. Aku tetap dengan keputusan aku yang aku takkan bagi pinjam lagi bayar duit aku dulu baru aku pinjam. Aku cakaplah yang dalam bank dah tak ada apa-apa dah saja acah dia aku nak tengok apa dia cakap. Katanya dia minta kali ni saja. Aku tanya dia kali ni tu kali ke berapa? Aku ada cakap yang aku betul-betul tak ada duit dia macam tak faham bahasa tau. Dan aku bagitahu yang aku takkan bagi nombor akaun jadi pandai-pandailah macam mana dia nak bayar nanti. Entah macam mana cinta hati minta maaf sangat kat aku dari hujung rambut sampai hujung kaki mungkin semua ni dah tertulis dia minta maaf sekali lagi. Aku ni dah susah hati, pelik dengan ayat dia aku tanya apa maksud dia sebenarnya? Cinta hati tak putus-putus minta maaf kat aku sebab dah banyak dia susahkan aku dan dia takkan ganggu aku. Cinta hati pun dah tak nak susahkan aku lagi. Nak rebah rasanya bila dia cakap macam tu kat aku. Aku cakap elok-elok dengan cinta hati jangan cakap macam tu, bukan aku tak nak tolong dan aku tak pernah pun nak salahkan dia. Aku cuma tak nak disebabkan masalah ni punca hubungan kami retak menanti belah saja. Aku pegang kata-kata dia dulu...:( Aku minta maaf juga kat dia. Cinta hati cakap dia bukan boyfriend yang baik. Dan dia berharap aku jumpa yang lebih baik. Aku terdiam, nak menangis rasanya. Perasaan ni hanya Allah SWT sahaja yang tau. Aku tanya dia macam tu saja hubungan kami? Mana janji-janji dia dulu takkan kecewakan aku, nak membahagiakan aku, Setia jujur dan ikhlas terima aku...Mana? Aku cuba pujuk dia. Cinta hati kata dia akan anggap semua ni takkan pernah berlaku. Sampai hati dia buat aku macam ni...Baru bercinta sebulan tak sangka begini kesudahannya. Dia tahu dia banyak berhutang dengan aku. Aku cakap macam nilah tak payah bayar. Cinta hati tetap nak bayar juga dia cakap aku jangan risau, hutang tetap hutang. Tak pernah lagi dia tak bayar hutang, lambat atau cepat saja. Aku cakap terpulanglah dan aku pun tak nak paksa-paksa dia. Lepas tu dia minta pula RM150. Eh cinta hati ni...pelik betul. Aku cakap tunggu gaji, sekarang serius betul tak ada. Katanya dia gurau saja, masa ni pun nak bergurau ke? Aku tengok jam lagi 3 minit nak pukul 9 pagi. Tadi suruh kejutkan pukul 9 nak suruh kejutkan dalam mimpi ke apa. Kata cinta hati tak apalah terima kasih. Aku jawaplah sama-sama. Cinta hati pesan cari yang betul-betul bukan yang main-main dan cari yang serius. Nampak gayanya dia betul serius nak kami berpisah. Aku tanya cinta hati dah abis buat keputusan? Jadi ini keputusannya? Putus? Kata cinta hati rasa ni yang terbaik kot. Ayat macam tak menyakinkan. Aku dah tak tau nak cakap apa lagi, aku terpaksa bersetuju walaupun menyakitkan. Cinta hati kata dia bagi aku masa untuk fikir, lepas solat jumaat dia suruh aku whatsapp dia kalau masih sayangkan dia. Aku kena juga hormat keputusannya, tapi aku bagitahu dia 1 saja dia kena tau aku dah mula sayang dia tapi kalau ini jalannya aku redha dengan ketentuan illahi. Cinta hati pun macam was-was dengan aku betul ke aku sayangkan dia call pun tak pernah dari dia kenal aku asyik dia sahaja yang call. Itu pun nak jadi punca ke? Bukan aku tak nak call, asal aku call dia tak angkat nak cakap macam mana lagi? Pada aku tak kisah siapa call siapa dulu, yang penting hubungan tetap berterusan. Pagi ni tak jadi nak mengemas, aku ingatkan dah mula puasa. Air kotak dan gula-gula dalam peti ais aku belanja saja bebudak bengkel. Bukan apa nak bagi kosong dalam peti ais tu. Lepas raya esok baru aku penuhkan balik dengan air kotak. Aku sambung tolong Solehah menjadi tinggal dia sorang tak bersudah lagi. si Teoh Pei Ji dah siap sambung buat alas kaki dah. Pukul 9.30 pagi, aku ke Econsave dengan Ting Hong Aun lagi. Dia cakap dengan aku yang dia bukan nak beli meggi kat Econsave dia nak beli kat mamak. Tadi cakap lain! geram pula aku. Sabar saja. Rupanya dia tak beli sarapan lagi. Aku ajak juga dia pergi Econsave nak belikan biskut orang tua tu dah kirimkan kat aku. Cinta hati whatsapp minta kiss baru dia nak maafkanlah apalah...Muka aku dah merah menahan malu sangat. Cinta hati kata gila ke nak dia minta putus macam tu saja 4 tahun dia tunggu aku. Aku fikir hubungan kami ni dah oklah balik dan tak jadi putus tapi....sangkaan aku betul-betul meleset. Malam, aku tengok whatsapp cinta hati tak online sejak pukul 3 petang makna lepas solat jumaat. Pukul 10 malam, aku perasan dia online lepas tu dia terus macam block aku. Mudah betul...janji lelaki memang manis bila didengar tapi untuk laksanakan....terasa berat...huh..aku tak tau nak cakap apa lagi. Sememangnya dia nak lepaskan aku....mungkin dia tunggu keputusan aku sebab dia bagi masa aku fikir tapi malam baru aku perasan....Macam mana nak fikir dengan tengah kerja lagi ada urusan dengan En. Leong dan ibu pula tak ada kerja-kerja rumah lagi nak kena buat. Malam ni memang aku sibuk. Ada b nak fikir semua ni??? Mesti tak....tak apalah b bukan jodoh untuk sayang, terima dengan ketentuan illahi.....Terima kasih b....terima kasih buat sayang macam ni....puaslah hati....
Ulasan