Dugaan Buat Cinta Hati

Pukul 2.10 pagi, cinta hati whatsapp mujur aku tak tidur lagi. Dia bagitahu esok nak jumpa aku kat tempat kerja. Aku cakap tak apalah nanti aku sendiri pergi Econsave tunggu dia kat sana dengan bawa anak murid aku seorang, jangan tak jumpa dahlah. Cinta hati siap post gambar handphone yang dia nak bagi kat aku. Boleh tahanlah brand Apple tu...Aku ada tanya dia masih kat Ipoh lagi ke? Cinta hati kata dia masih kat Ipoh lagi. Tak penat ke rushing sana sini, lepas tu petang nak balik dah? nak buat macam mana katanya. Dia siap mengadu lagi sakit badan tidur kat kereta Hilux dia. Aku suruh dia urut-urutlah sikit kat bahu atau belakang ke. Kesian pula aku kat dia, nak saja suruh dia datang rumah tumpang tidur rumah aku. Nanti kalau bagi apa pula kata ibu dan ayah. Cinta ada bagitahu yang mak dia tolong 'bank-in' kan duit pukul 2 petang sebab mak dia ada hal lain. Dia nak bagi duit aku balik nanti. Mak dia nak 'bank-in' kan 2k. Terkejut aku sikit punya banyak. Entah kenapa aku nak tau apa cerita motor lc dia tu, dah jual ke belum? Kata cinta hati motor tu ada kat belakang kereta Hilux, dia ingat nak bagi kat aku tapi dah aku pula tak nak. Aku bukan tak nak tapi...aku dah cakap berapa kali dah bila aku nak pakai nanti aku bagitahulah. Cinta hati aku ni boleh tahan degilnya, cakap saja aku ni keras kepala walhal dia pun 2x5 juga. Aku tanya lagi kenapa nak dijual motor lc tu? Terdesak nak pakai duit ke atau nak beli yang baru? Kata cinta hati disebabkan aku tak nak, dia nak jual sajalah dan lagipun tayar Hilux dia dah botak takut pecah saja. Terkejut aku kenapa tak ditukar? Katanya lagi, dia tak perasan dan tayar spare pula tak ada. Lepas tu dia tanya aku yang dia nak cagar motor lc dia kat aku. Aku cakaplah yang aku kena bagitahu ibu dan ayah dulu sebab kat rumah aku pun ada 4 biji motor dah termasuk motor skuter aku tu. Nanti rumah penuh dengan motor saja, rumah aku luas tak apa juga, Sudahlah begitu lagi 2 motor dah tak pakai ayah aku nak buat pameran ke apa entah...Elok campak dalam laut saja. Cinta hati tanya aku lagi ada tak orang nak beli motor lc dia RM500 saja sebab duit tu dia nak pakai untuk tukar tayar Hilux dia. Tayar dia saja kalau tukar RM460, ada baki rm40 dia nak buat makan sampai tunggu pukul 2 petang katanya. Aku pun dah mula nak bising juga, tanya dia kenapa sebelum datang tak check overall? Katanya dia terlupa, masa nak gerak tu malam jadi dia tak perasan. Dia akan cuba cari siapa-siapa yang nak beli motor sebab dah urgent sangat dah, kalau pecah comfirm terbalik kereta. Cuak pula aku dengar, dasyat betul. Tayar yang botak tu, bahagian depan kiri. Cinta suruh aku rehat dulu, dia akan cuba bawa slow-slow balik Lumut. Pukul 3.35 pagi, cinta hati whatsapp berita yang mengejutkan aku tayar kereta dah pecah. Kebetulan aku tidur dah dan aku tersedar pun pukul 6.25 pagi baru aku balas mesej dia. Cinta hati nak pinjam duit aku lagi dalam RM450 atau RM500. Lagi pinjam? Adooii...rungsing aku macam ni...Hutang yang tertunggak RM 450 pun tak berbayar lagi, nak pinjam lagi? Botaklah aku bulan ni. Katanya dia perlu sangat duit. Dia minta aku 'bank-in' masa nak pergi kerja, jenuh dia merayu kat aku. Katanya lagi, kalau takut dia tipu aku lagi dia bagi IC dia kat aku dan dia minta tolong sangat. Aku ni dah susah hati + runsing. Aku cakaplah yang aku tak ada duit lagi dah, bulan ni saja dah pokai. Dia cuba minta lagi katanya RM200 pun tak apa dia nak beli tayar yang secondhand punya. 'Ya Allah...kenapa jadi macam ni b?' Cinta hati terus-terusan cuba minta pinjam lagi kalau ada RM150 atau RM200 dah happy dah asalkan dapat tukar tayar lepas tu dia nak duduk kat tempat kerja aku sampai mak dia dah 'bank-in'kan duit. Aku cakap kat dia yang aku dah bantu mana yang termampu saja. Aku bukannya ada duit sangat, ini pun terpaksa ikat perut. Aku harap dia pun faham. Cinta hati masih merayu lagi katanya ni yang terakhir dia minta tolong dan dia sanggup bagi apa sahaja yang aku nak. Aku tak nak apa-apa dari dia pun...Siap bersumpah demi Allah pukul 2 petang dia bayar balik semua duit aku. Aku tanya dia sekarang kat mana? Katanya kat tepi jalan dan dia nampak papan tanda tadi Lumut 20 km. Jadi maknanya dia masih kat Ipoh lagi. Dia minta tolong dia pula untuk 'bank-in'kan awal pukul 1 petang bolehlah. Cinta hati lagi minta....lagi minta...Aku ni takkan nak buat pinjaman ah long pula semata-mata nak tolong dia, cari nahas namanya. Takut aku...Dia pun dah tak tahu nak buat apa. Aku tak tau nak cakap macam mana lagi, terus aku bangun mandi solat subuh. Aku mohon pada Allah semoga dipermudahkan urusannya...bantulah dia...Hanya itu saja yang aku mampu. 'Sayang betul-betul minta maaf, b...Sayang tak dapat nak bantu b lagi..." Pukul 8 pagi, aku minta maaf kat cinta hati...dia ingat aku dah block dia, aku tak block dia pun. Pukul 8.05 pagi, cinta hati send gambar kereta dia yang dah pecah tayar kat aku sebagai bukti.  Memang teruk sangat aku tengok. Tayar pecah sampai boleh kemek kereta depan. Pukul 8.05 minit pagi, cinta hati masih tak putus asa minta RM100 dia pun betul-betul terdesak, dia minta tolong sangat. Aku dah susah hati tak tau dah nak cakap macam mana lagi nak bagi dia faham. Pukul 6.50 petang, cinta hati kata kereta dia tak siap lagi dia pun ambil cuti sampai ahad sebab kereta dia teruk. Dia tanya aku tau tak bengkel kat sitiawan kat tepi jalan. Manalah aku tau banyak bengkel kereta kat tepi jalan area Sitiawan. Kata cinta hati, lagi dia duduk kat motel sampai ahad. Aku bagitahu dia yang aku kat tempat kerja depan bengkel tunggu dialah. Cinta hati pun macam dah bising, dia dah cakap yang dia tak boleh pergi mana-mana kereta dia teruk. Manalah aku nak tau tunggu sampai pukul 4.30 petang tadi. Cinta hati minta maaf kat aku sebab buat aku susah hati. Memang aku susah hati dengan dia. Cinta hati mengadu yang dia stress gila hari ni tapi apa nak buat tu semua dugaan buatnya. Katanya lagi lagi nasib OCPD dia boleh faham. Aku pelik OCPD? Pangkat pegawai ke? Kata cinta hati atas dia ketua cawangan. Cinta hati pesan supaya aku jangan balik lambat dia minta nombor akaun dia nak bagi duit aku, dia risau aku tak ada duit. Aku cakap tak apalah aku diet saja atau puasa ke...Cinta hati boleh gelak-gelak pula (>.<) Tak patut betul! Macam biasa dia ucap 'love you' dan siap pesan  jangan gedik-gedik. 'Kalau sayang gedik bukan b ada kat sebelah sayang :P Aku cakap dengan dia yang aku kena balik hari pun dah nak gelap. Dahlah tempat sunyi. Pukul 9 malam, aku dah mula lapar. Aku cakap dengan ibu nak keluar kejap pergi makan, ibu kata tak payah pasal dia ada COD yong tau fu. Alaaa...yong tau fu mana kenyang. Nak tak nak jamahlah sikit. Pukul 9.45 malam, cinta hati whatsapp mulalah rungutan dia tu. Dia nampak aku online tapi tak ada whatsapp dia pun. Aku pun baru terjaga dari tidur. Dia suruh aku tidur dulu sebab dia pun nak pergi makan kebetulan dia pun tengah lapar. Dia tanya aku dah makan ke? Aku pun apa lagi mengadu kat dia makan yong tau fu tadi tak kenyang langsung. Cinta hati sikit punya gelakkan aku. 'Jahatlah b ni...' :( Katanya dah tau tak kenyang buat apa makan? Aku memang nak keluar makan tapi ibu dan ayah susah nak lepaskan aku malam-malam, lainlah kalau aku duduk rumah bujang. Cinta hati kata mestilah akukan anak dara. Dia suruh aku masak saja, malas aku dah pukul berapa baru nak masak, tak apalah masih mampu bertahan. Cinta hati suruh aku rehat tak boleh nak online saja. Aku pun iyakan sajalah.


I Miss You So Much...♥

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)