Beritahu Ibu Tentang Cinta Hati

Esok cinta hati nak datang. Terasa cepat masa berlalu. Nak tak nak aku kena bagitahu ibu pasal dia. susah hati betul aku. Pukul 6 petang, elok aku nak tidur kat bengkel, ibu call ajak makan kat area kedai mamak kat Manjung, Rahmath Corner. Inilah masanya bagitahu ibu, dalam hati aku berdoa supaya ibu tak marah-marah ke apa ke. Sampai sana aku pesan mi sup dan teh o ais. Tanpa buang masa, aku berterus terang dengan ibu bagitahu pasal cinta hati. Dari A-Z 1 aku cerita. Ibu diam dan dengar. Lepas tu ibu tanya cinta hati orang mana? kerja apa? duduk mana?. Aku cakaplah dia orang Sabah tapi duduk kat Shah Alam, kerja polis pangkat Sarjan. Kata ibu nanti dia nak suruh Pak Itam (bapa saudara aku, polis Sarjan IPD Kuala Selangor) tolong tengokkan cinta hati tu. Kata ibu lagi kalau cakap saja orang lain pun boleh cakap. Ibu juga ada minta nama, IPD mana dan tempat tinggal cinta hati sebab ibu nak bagi kat Pak Itam aku tu. Ibu tak bagi aku bagitahu ayah lagi pasal cinta hati, sebab belum comfirm lagi. Tapi ibu macam tak larang aku nak berkawan dengan dia. Lepas habis cerita kat ibu, baru aku rasa lega sikit. Kebetulan ibu pula nak cepat dia belum ke kebun lagi ni pun baru balik mesyuarat kat Jabatan Pertanian. Tinggal si Azrin sorang-sorang kat kebun. Alhamdulillah lah Allah dah permudahkan urusan aku. Aku berharap ibu tak kisah dan tak larang aku bercinta dengan cinta hati sebab...ibu pun risau aku tak kahwin lagi umur dah 31 tahun. Asyik minta tolong kawan-kawan dia carikan seorang untuk aku. Sekarang aku dah ada yang punya tak kan ibu nak tolak lagi jodoh anak dia ni, kan...Aku ada whatsapp cinta hati tanya dia polis IPD mana? Dia kata IPD Subang. Pukul 7 petang, terus aku tulis apa yang ibu nak tentang cinta hati dan bagi kat Pak Itam. Aku tulis nama penuh cinta hati, tempat tinggal, tempat kerja dan nombor telefon cinta hati sekali. Lepas tu pukul 8 malam, aku bagi kat ibu pula. Pukul 11 malam, cinta hati whatsapp katanya dia tengah buat roadblock malam ni. Sekarang ni pun dia tengah rehat kejap kawan dia take over tempat dia dulu....Apa-apa pun selamat bertugas encik abang polisku :P


My Love

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)