Raikan Hari Jadi Ibu
Hari ni pun sehari suntuk aku tak whatsapp cinta hati. Aku dah mula
rindu sangat dengan dia. Aku harap dia pun begitu…:( Aku balik dari bengkel
lambat sikit. Pukul 8.30 malam, aku ajak ibu makan kat luar. Hari ni aku nak
raikan hari jadinya yang ke-60 tahun. Sepatutnya aku dah rancang semalam nak celebrate
tapi apakan daya ada dinner pula. Aku dah kumpul duit sampai RM200 untuk sambut
hari jadi ibu. Ingat nak belikan hadiah tak tau nak beli apa. Tapi kalau ibu
nak apa-apa pun aku boleh belikan. Aku tak teringat pun nak belanja ibu makan
buffet kat Hotel. Tak apalah tahun depan sajalah. Pukul 8.45 malam, kami gerak.
Ibu dah booking tempat makan steamboat kat Lumut. Sampai sana, tak
sampai beberapa minit Azrin dan Huzairi datang. Ibu yang ajak mereka join
sekali. Segan betul aku, tak boleh nak selfiela ni…:P Ibu suruh aku ambil
sahaja makanan yang ada lepas tu bakar. Yang nak bubuh dalam kuah pun boleh
juga. Ibu pilih sup tomyam. Orang kedai dah siapkan tempat steamboat dan buka
api. Macam-macam aku ambil daging, udang, sayur salad, isi ketam. Yang tukang
bakar dan celup dengan tomyam si abang-abang navy tu Azrin dan Huzairi. Aku pun
ada juga balik-balikkan daging yang di panggang dengan majerin, sedap betul
rasanya. Ibu, Azrin dan Huzairi macam biasa berborak sesama mereka. Aku banyak
diam dan dengar saja, seganlah pula. Azrin sempat tangkap gambar aku dan ibu
itu pun masa aku tengah makan. Sempat lagi dia kata aku ni malu-malu pula, dah
memang pun nak buat macam mana. Kadang-kadang dia saja nak usik aku pula. Kami makan sekenyang-kenyangnya, sampai ada
yang tak habis. Aku dah tak larat lagi, perut aku nak buat hal dah. Pukul 10.30
malam, aku pergi bayarkan kat kaunter. Pukul 11 malam, baru balik. Sebelum
balik sempat Azrin dan Huzairi ucap terima kasih kat aku pasal belanja.
Aduhh…malu gila aku ni. Ibulah ni bagitahu yang aku belanja.
Ulasan