Sakit Hati Dengan Cinta Hati Lagi

Pukul 10 pagi, aku layan movie. Mata pula rasa mengantuk. Aku tidur kejap. Pukul 3 petang, baru tersedar. Aku bersiap mandi, sebelum mandi aku pergi bilik ibu. Aku tanya pergi kebun ke hari ni? Kata ibu pergi tapi dia seoranglah buat kerja. Kesian pula dengan ibu, aku cakap nanti pukul 5.30 petang aku terus ke kebun tolong. Selepas mandi aku tengok cinta hati ada mesej whatsapp dia ajak aku pergi ambil handfhone sama-sama kat pejabat pos. Esok dia bercuti lagi. Aku pun iyakan sajalah. Aku ingat petang ni nak keluar lepak CC memandangkan cinta hati aku macam tak ada tanda-tanda nak jumpa pun. Bosan juga duduk dalam bilik saja. Aku pun bagitahulah dia. Cinta hati kata dia nak jumpa pula, minta aku location map CC dan sekarang dia kat Ipoh. Jauh ke sana apa yang di buatnya? Kata cinta hati dia nak pergi ATM, nak cuba keluarkan duit. Duitnya dah tak ada. Dia nak pinjam duit aku RM300. Aku pun setuju sajalah, tapi aku bagitahu dia datang jumpa aku sebelum 5.30 petang sebab petang ni nak ke kebun tolong ibu. Lepas tu, dia suruh aku call dia pula. Aku pun call, dia kata memang nak datang jumpa aku hari ni dan tak ada hal apa-apa tapi duit minyak kereta dah low jadi dia takut nak bawa. Mula-mula dia macam segan pinjam duit aku. Aku cakaplah tak apalah pinjam dulu, nanti bayarlah. Dia suruh aku bank-in, lepas tu dia terus ke Manjung jumpa aku. Bila dah jadi macam ni kelam kabutlah aku jam dah pukul 4.30 petang dah. Kalau by hand tak apalah juga minyak kereta pun dah low by hand menda. Aku terus pergi Public Bank cucuk duit RM300 lepas tu pergi Maybank sebelah Kamdar pula. Selesai semua aku bagitahu dia dan terus bergegas ke CC. Kat CC, jam dah 5.30 petang, cinta hati masih tak datang juga. Ibu pun whatsapp kata dia kat rumah lagi minta aku belikan dia air dan pisau lupa nak bawa katanya. Aku mesej cinta hati bagitahu. Entah kenapa aku rasa macam ditipu hidup-hidup. Perasaan tu hanya Allah SWT sahaja yang tau...Cinta hati kata dia tengah drive. Aku cakap kat dia apa niat sebenarnya?? Cinta hati tanya kenapa sampai macam ni sekali aku cakap kat dia?? Dia tak pakai lagi duit aku, dia minta no akaun aku dan dia sanggup tak pakai sebab dia tak nak ada masalah nanti? Stress betul aku...Asal nak jumpa macam-macam alasan. Kawan datang rumah memberla, mak datang ipoh kena balik pula lah bla bla bla....Terasa bodoh betul aku ni!! Cinta hati kata dia tak ada alasan pun. Dia cuma nak aku tau yang dia datang dari jauh nak jumpa aku saja tapi bila aku cakap macam tu dia macam kecewa. Aku ni lagi kecewa 2 kali ganda dari dia. Aku sanggup menapak tengah-tengah panas, tunggu dia macam orang bodoh tak datang juga. Disebabkan tunggu dialah, aku tak tolong ibu aku yang sorang-sorang buat kerja kat kebun. Aku dan cinta hati dah mula nak bertekak. Dia tanya aku kat mana sekarang dia ingat aku kat CC lagi. Aku dah berambus ke kebun dah pun. Sebelum tu aku ke Restoran Wau Bulan beli air dan ke Cosmos beli pisau. Cinta hati bagitahu dia datang perak sebab nak jual motor LC dia yang sepatutnya dia nak bagi kat aku, tapi disebabkan aku tak nak dia nak jual saja. Aku bukan tak nak motor dia tu, aku dah cakap dah kalau aku nak pakai aku bagitahu yang bersusah payah buat apa. Lepas tu kalau datang perak atas urusan lain baik jangan cakap nak jumpa. Puas cinta hati pujuk aku...Aku nak tolong ibu macam tak ada mood, tapi aku gagahkan juga demi nak tolong ibu, Air aku punya beli tadi tak tau nak sangkut mana, ibu suruh letak dalam polibag yang dah diisi sekam. baru letak dah tumpah pula air neslo dalam polibag tinggal suku saja itu pun banyak air batu. Apa malang nasib aku hari ni? Lepas 1, 1 masalah timbul. Ya Allah....Tengah aku sibuk buat kerja, cinta hati tak putus asa memujuk aku. Dan aku malas nak melayan dia. Puas juga dia minta maaf bagai kat aku. Pukul 7 petang, baru aku dan ibu balik. Sempat pekena char kue tiaw Big Bro betul-betul bdepan kebun ibu seberang jalan. Kata ibu, dia dah penah makan dengan Azrin hari tu sedap katanya, itu yang aku nak cuba tu. Lepas maghrib, cinta hati mesej minta maaf tak bersudah. Senang betul dia minta maaf, yang sakit hatinya aku bukan dia! Aku cakap sekarang ni macam mana? Katanya dia akan tebus balik. Apa yang nak ditebus aku pun tak tau. Aku kata kat dia kalau betul-betul sayangkan aku, lain kali jangan nak mungkir janji. Akhirnya aku memaafkan dia. Dia janji takkan buat lagi, siap bersumpah esok nak jumpa. Katanya dia takkan lambat atau tak datang....Entah aku pun tak tahu nak cakap apa, aku ni terlalu mengikutkan perasaan ke?? Tak sabar?? Ya Allah...sesungguhnya jika ini ujian buat hambaMu aku redha ya allah...Mungkin ada hikmah disebaliknya... 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)