Mesyuarat Dan Tak Jadi Dating Dengan Cinta Hati
Hari ni ada mesyuarat dengan PIBG, mampus report kraftangan tak buat langsung sebab tak sempat. Harap En. Leong tak mintalah report kraftangan aku. Aku datang awal sikit sebab nak siapkan duit kwsp dan socso. Orang tua tu semalam tak ambik duit kwsp dan socso. Sambil aku buat kerja, sempat lagi aku main mesej dengan cinta hati. Dia dah sampai Perak semalam bawa Hilux. Ni pun sekarang kat Sitiawan rasanya. Pagi tadi dia call aku tak angkat pasal dah tidur, mengantuk sangat dah dia pula tak sampai-sampai lagi masa tu. Jadi aku bajet nak call lah dia hari ni, yang dianya asyik sekejap-sekejap nak beli sarap nasi lemak (kesukaannya). Akhirnya tak jadi call, mula mesyuarat pukul 9.45 pagi. Alhamdulillah juga En. Leong tak dapat datang kata orang tua tu En. Leong ada mesyuarat kat tempat lain. Mula-mula pihak Agro Bank bagi taklimat tentang insuran mereka. Sempat aku tangkap gambar bagai, aku lebih banyak main mesej dengan cinta hati dari layan ibu bapa pelatih. Makan pagi pun aku tak jamah sebab dah beli sendiri kat SJS. Cinta hati ada hantar gambar dia kat aku dan aku pun hantar juga. Dia tumpang kat rumah kawan dia. Katanya sementara saja, dia nak duduk hotel. Sempat tanya kat mana Aeon sebab dia nak beli seluar boxer. Tak habis-habis dengan seluar boxer dia :P Katanya dia terlupa nak bawa. Cinta hati nak jumpa aku hari ni, berdebar dan excited pun ada. :) Tamat mesyuarat pukul 11.30 pagi. Aku malas nak tolong kemas biar ibu bapa dan orang tua tu yang buat, dulu kemain hentam aku hari tu. Sampai aku malas nak layan mereka, lantaklah situ. Lagipun aku tak usik pun makanan buat apa aku nak tolong. Pukul 12 tengahari, ibu telefon pesan kat aku belikan nasi kosong dan sup tulang untuk dia. Pukul 1 tengahari, baru balik. Lepas solat zohor, aku sempat tidur kejap mengantuk gila. Pukul 3.30 petang aku dah bangun untuk bersiap-siap. Cinta hati mesej pukul 4 petang, katanya kawan-kawan dia ramai datang rumah kawan yang dia tumpang tak tahu lagi datang ke tak. Aku cakaplah tak apa aku tunggu kat Marina Wing tak datang ke datang ke bagitahu. Sebelum aku nak mandi, ibu ada tanya aku nak pergi kebun ke? Aku cakap tak kot. Aku dah janji nak jumpa cinta hati. Pukul 4.30 petang, baru aku bertolak ke Lumut bawa sekali novel sementara tunggu cinta hati tak adalah rasa bosan nanti. Sampai Marina Wing aku pilih tempat duduk berdepan dengan laut. Pukul 5 petang, cinta hati tak sampai-sampai lagi...Pukul 6 petang pun tak sampai-sampai juga, akhirnya aku balik tak sanggup nak tunggu lama-lama. Memang pantang aku tunggu orang lama-lama. Sudahlah tak datang, mesej tidak, telefon apatah lagi! Aku ni dah bengang nak menipu ke?! Maghrib baru nak mesej aku, katanya kawan-kawan dia ajak BBQ malam ni. Kalau ya pun tak datang bagitahulah ini buat aku macam tunggul kayu pula. Aku mulalah nak mengamuk! Sanggup biarkan girlfriend sendiri sorang-sorang semata-mata nak join BBQ dengan kawan. Geram pula aku!! Dah puas enjoy dengan kawan itu jam nak minta maaf pula!
Ulasan