Ibu Balik Kampung Dan Layan Movie

Sebelum pergi kerja ibu tengah buat jejemput pisang. Tak dan nak bawa bekal. Ibu bagitahu hari ni nak beli tiket bas. Kalau ada tiket ibu jadi balik kampung, kalau tak ada maka tak jadilah balik kampung. Dan kalau jadi balik kampung, ibu minta aku balik tengahari kejap nak ajar cara siram anak pokok cili. Pukul 9.15 pagi, orang tua panggil Solehah naik atas. Aku tanya Adibah kenapa Solehah naik atas rupa-rupanya dia kena tolong orang tua tu masak meggi. Hari ni dia nak belanja bebudak bengkel makan meggi goreng. Pagi-pagi dah bagi bebudak bengkel makan makanan tak berkhasiat. Bukan elok pun makan meggi nak pula untuk budak istimewa macam ni. Tak fikir ke?! Pukul 9.30 pagi, En. Munisamy datang macam biasa aku berurusan dengan dia untuk claim payment. Mujur mood dia ok hari ni selamatlah aku. Pukul 10 pagi, aku ajak Ting Hong Aun pergi Econsave beli barang sikit. Pukul 11.15 pagi, ibu whatsapp bagitahu yang dia jadi balik kampung tiket dah beli pukul 8.30 pagi. Aku balaslah tanya jadi ke nak aku balik kejap tengahari ni? Pukul 1 tengahari, ibu call pejabat aku. Ibu tanya nak makan kat luar tak? kalau nak makan, ibu tunggu kat tempat makan semalam D' Marmalade Cafe, Lumut. Elok sangatlah dapat makan kat sana lagi, Ibu siap post gambar mi kari kat whatsapp personal aku. Apalagi, aku pun bergegaslah kemas dan pergi sana dan aku bagitahu kat orang tua tu mungkin aku masuk bengkel lambat sikit. Sampai kat D' Marmalade Cafe, aku pesan Bakso Speacial dan jus epal. Boleh tahanlah dia punya bakso, malas nak makan yang nasi pagi tadi pun baru pekena mi goreng. Hari ni service dia kurang memuaskanlah pula, sebab aku tekan bell order 3, 4 kali tak datang-datang pun pelayan. Mungkin disebabkan pelanggan ramai hari ni kot, tu yang lambat tu. Pukul 2.15 petang, baru balik tak sempat ibu ajarkan cara  siram anak pokok cili tapi aku balik juga itu pun ambil jam tangan aku tertinggal pagi tadi. Pukul 3 petang, cinta hati whatsapp pula. Dia mengadu yang kaki dia sakit lagi. Aku pesan kat dia letak minyak sikit kat kaki tu lepas tu urut sikit, urut pelan-pelan pun tak apa. Hari ni cinta hati makan roti saja sebab kena pergi mahkamah ada kes katanya. Dia ada send kat aku lagu. Masuk ni dah 3 lagu dia send kat aku tapi semua lagu dia bagi aku tak pernah dengar. Lagu jenis slow jiwang macam tulah lebih kurang. Kata cinta hati, tu lagu dari Miley Cyrus - Malibu dan dia suka cari lagu-lagu baru. Aku pun jawablah yang aku pun suka cari lagu-lagu baru tapi bukan jenis macam tu. Citarasanya lain dari aku. Lepas tu sempat aku wish Puasa Ramadhan yang tinggal 2 hari lagi. Tapi...dia tak balas pun wish aku. Ermmm...bersusah payah aku reka ayat jiwang kasi cair sikit dia tak reply pun. Hampeh punya boyfriend :( Katanya awal lagi nak wish...Memang betul pun, orang lelaki memang macam ni hari-hari istimewa mesti lupa nak wish kat pasangannya seperti hari jadi, ulangtahun dan sebagainya. Kita yang perempuan pula beria-ia nak wish untuk tersayang. Kalau macam tu aku pun nak buat-buat lupa juga, kalau wish pun biasa-biasa saja cukup. #Merajuk sekejap aku :( Aku balik awal sikit hari ni nak pergi kedai fotostat dan tengok wayang movie Pirates Of The Caribbean - Dead Men Tell No Tales. Best juga cerita tu, aku suka watak Jack Sparrow yang gila-gila tu. Kelakar :D Setiap siri cerita ni aku dah tengok dah. Harap-harap dalam internet cerita ni ada keluarlah, senang nak download. Tunggu next week punya cerita pula, The Mummy my favorite actor Tom Cruise dan Wonder Woman. Tak sabar rasanya :) Masa tengah layan movie, ibu whatsapp suruh balik cepat pasal pukul 8 dah nak bertolak. Movie pula habis pukul 7.20 petang, apalagi kelam kabut aku balik. Bawa motor pun dah macam orang merempit dah, ini kalau cinta hati tau mau dibisingnya kat aku tak memasal pula. Sampai rumah pukul 7.40 petang, sempat aku tolong ibu angkat beg bawa turun. Sempat juga ibu tunjuk cara siram anak pokok cili dan penjagaan kucing aku, Lily. Elok ibu turun uncle teksi sampai. Pukul 8 malam, ibu bertolak selepas bersalaman. Aku suruh ibu kirimkan salam untuk Atok Jah dan Cik Nab. Lepas tu, barulah aku boleh rileks mengah aku sekejap. Penat oi terkejar sana terkejar sini *.*! Sempat whatsapp cinta hati bagitahu aku seminggu duduk sorang-sorang kat rumah. Ayah pula, kata ibu Sabtu baru balik nak jumpa Idin dan balik Muar atas urusan keluarga tak bersudah lagi. Malam, aku layan movie lagi cerita hindustan pula Raja Hindustani. Terasa bosan pula malam ni cinta hati pun tak whatsapp, bila aku whatsapp dia tengah kerja pula pukul 11 malam baru balik katanya. "Rindunyaaaa kat b..." Nak hilang rindu, tengok gambar dia pun jadilah :P 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)