Puasa Hari Ke-3

Tengah aku dibuai mimpi, pukul 3.40 pagi, cinta hati whatsapp kejutkan aku pula untuk sahur. Semalam aku kejutkan dia, hari ni dia kejutkan aku okla tu. Kebetulan kata cinta hati dia terbangun sebab sakit kepala dan demam. Aku tanya ada ubat tak? Katanya baru saja makan. Aku suruh dia banyakkan rehat .'Asyik kerja saja kesihatan pun kena jaga. Taulah b kerja polis'. Cinta hati tanya aku rindukan dia tak? Rindulah maunya tak rindu...Aku cakap dengan cinta hati sehari suntuk aku tunggu dia, tak rindu apanya. Asal whatsapp kerja...asal whatsapp dah tidur...habis macam mana? :( Cinta hati minta maaf sebab dia sibuk sikit hari ni banyak kerja. Kata cinta hati lagi, biasalah kerja banyak memang tak fikir apa dah. Aku memang dah sedia maklum dah pun mesti sibuk kerja. Cinta hati tanya masih sorang-sorang ke? Nak cinta hati temankan aku ke? Aku mestilah nak...bosan juga sorang-sorang kat rumah. Kata cinta hati tengok dulu pagi ni atau esok dia kena pergi Ipoh, kalau dia singgah buka puasa dengan aku dulu lepas tu  dia nak pergi Penang pula. Aku tanyalah kenapa nak pergi sana? Kata cinta hati ada kerja sikit, whatsapp kawan geng-geng polis dia pun tak sempat baca tadi. Ooo...atas urusan kerja rupanya, ingatkan urusan keluarga ke apa. Cinta hati kata bukan, kerja. Aku cakap kalau pergi sana nanti hati-hatilah, aku risau keselamatan dia takut jadi macam hari tu pula. Aku siap pesan lagi jangan nak tengok awek-awek sana pula...:P cemburu aku boleh tahan juga he3x :P Cinta hati kata ada pula macam tu dia pergi sana kerja, bukan cari awek. Lepas tu dia suruh aku kejap nak baca whatsapp geng-geng dialah. Kalau puasa dah sibuk dengan kerja apatah lagi nak raya nanti. Aku ingatkan kalau dapat boyfriend polis tak adalah kena tinggal macam ayah aku navy dulu asyik berlayar saja. Tapi tak..sama juga nasib akulah dapat boyfriend polis, sekarang merasalah...Tapi Alhamdulillah lah setakat ni aku memang faham sangat kerja dia tu, jadi tak ada masalah sangat cuma kadang-kadang rasa bosan dan rindu bila dia tak ada. Hari ni aku tak buat kerja langsung, banyak layan blog saja. Mujur dah siap, cuma ada 1 saja belum publish lagi. Pukul 9.10 pagi, ayah call. Entah apa dia cakap aku pun tak faham, line tak clear teruk sangat. Petang ni aku balik awal sikit sebab nak pergi kedai fotostat dan lepak CC. Mujur CC ada tempat kosong kalau tak macam semalamlah jawapnya. Pukul 6.30 petang, baru aku balik. Elok sampai rumah ibu call pula. Mengantuk sangat tertidur kejap, pukul 8 malam baru bangun. Malam ni masak nasi goreng cina pula sendiri buat. Lepas memasak, makan kejap sambil layan movie. Aku tengok whatsapp group family dan cinta hati. Cinta hati whatsapp aku pukul 10.20 malam masa tu aku tengah sibuk masak cinta hati tanya rindu dia tak? Aku jawapla rindu. Aku tanya dia tengah kerja ke? Aku minta maaf kat dia sebab lambat balas aku tengah masak. Lama tak balas-balas cinta hati sah dah tidur ni. Penat lagilah tu, sehari suntuk bekerja saja :P

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)