Luahanku Pada Cinta Hati
Pukul 3.20 pagi, cinta hati whatsapp aku. Dia tanya tak tidur lagi ke?
Aku cakaplah tengah tidurla ni. Dia ada tanya, macam mana dengan keluarga aku
yang nak siasat tentang diri dia? Apa keputusannya? Dia tengah tunggu jawapan
dari aku. Aku pun tak tahu ibu dah cakap dengan pak itam ke belum? Senyap macam
tu tak ada apa berita. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Aku tanya cinta
hati kenapa tanya? Berdebar juga hati aku ni. Jangan cakap dia dah tak boleh
nak tunggu atau yang aku tak bagitahu kat keluarga pasal dia. Kata cinta hati,
saja tanya sebab dah lama tak dengar apa-apa jadi dia nak tahulah ada
perkembangan ke tak? Dia tanya lagi yang aku dah bosan ke? Kalau dah bosan
bagitahu atau dah ada pengganti? ‘Sayang tak pernah rasa bosan, b jangan risau
ok dan sayang tak pernah ada pengganti atau ada orang lain selain b. B saja
yang ada dalam hati sayang tak ada orang lain, percayalah…’ Aku terus terang
dengan cinta hati yang kadang-kadang aku rasa ada boyfriend macam tak
ada saja. Aku perasan sejak 2 menjak ni dia jarang kerap whatsapp aku. Aku jadi
risau sangat. Kalau dulu tiap-tiap hari whatsapp, sekarang sehari berapa kerat
saja whatsapp. Kadang-kadang 2 hari sekali baru whatsapp. Terasa macam dia pula
yang ada pengganti baru. Cinta hati gelakkan aku bukan main lagi, kita tengah feeling
dia boleh gelak pula. Kata cinta hati dia rela gantung diri dan sengaja buat
begitu nak tahu yang aku ni rindukan dia ke tak? Tapi dia tengok aku macam tak
ada apa-apa saja. ‘Siapa kata? Setiap saat…setiap minit…sayang rindukan b. Cuma
sayang risau bila sayang whatsapp nanti b sibuk ada kerja. B kat sana
tak tau apa yang sayang rasa.’ Sempat lagi dia hantar gambar 2 kat aku. Seronok
betul aku, hilang sikit rindu. Ada 1 gambar tu cinta nampak serius saja, aku
suka yang tu. Dan aku suka sangat tengok gambar dia bila dia senyum dan serius,
nampak menarik pada aku. Dan aku ada bagitahu yang dia dah tak macam dulu lagi,
aku jadi susah hati. Cinta hati tanya kenapa aku susah hati. Aku cakaplah yang
aku takut kehilangan dia. ‘Sungguh. Sayang takut kehilangan b...’ Cinta hati
cakap dia tak ada fikir macam tu, dia sentiasa setia dengan aku. Cuma dia rasa
diri dia pelik selalu minta bukan-bukan kat aku. Cinta hati siap kata jangan
merajuk lagi. Aku tak merajuk pun cuma nak luahkan saja. Aku cuba beranikan
diri juga minta duit aku balik mana tau esok dapat. Aku bagitahu aku nak pakai
duit nak celebrate hari jadi ibu. Cinta hati cakap hari tu dia minta
nombor akaun aku tapi aku diam saja. Aku tak nak bagi nombor akaun, kalau boleh
aku nak dia bagi by hand dan aku tak berani bagi. Aku tanya dia dah
sampai Shah Alam belum atau masih dalah perjalanan? Dia kata dah sampai. Dah
sampai tak bagitahu pun. Aku tanya esok kerja pagi ke dah aku ucapkan selamat
bertugas buat abang polis yang aku rindui dan cintai. Pukul 10.30 malam, aku whatsapp
cinta hati tanya tengah buat apa. Cinta hati balas katanya dia tengah buat roadblock.
Hari isnin pun ada roadblock?
Buat bakal suami, sayang cuma nak cakap
"I Love You And Miss You So Much...♥"

Ulasan