Makan Malam Hari Guru
Hari ni budak tak ramai yang datang itu pun Teoh Pei Ji, Tan Jee Suan dan Shah sahaja datang. Orang tua tu pula ke klinik periksa mata. Aku apa lagi ambil kesempatan layan game, movie dan Facebook huhuhuhuh...Semalam sehari suntuk aku tak mesej langsung dengan cinta hati, dia pun macam tu juga. Entah apa masalah dia aku pun tak tau?? :( Malas nak fikir lagi, lantak dialah situ. Pukul 9.15 pagi, En. Munisamy datang bengkel pula. Dia nampak tension hal-hal akaun nak-nak pula masalah yuran Ngooi Yong Chiang. Dia yang tension aku pula kena soal dan marah-marah. Siap cakap dia pun dah give up nak buat akaun dan bagi aku yang buat. Nak aku buat?? Kirim salam silap-silap aku pun give up lepas tu selamat tinggal aku berhenti terus. Sepatutnya kerja ni bukan aku yang buat orang tua tak guna tu yang buat!! Fed up aku ada bendahari bengkel macam ni, kau ingat kau sorang sahaja ke stress bab akaun?!! Lepas dia berambus, telefon mak syafiq pula bagitahu jumlah pelatih untuk makan tengahari. Bila aku telefon perempuan lain pula jawap (salah nombor) aik! takkanlah...Berapa kali aku periksa nombor dia dalam henfon aku. Tengok nombor telefon mak syafiq dalam fail dia pun sama. Mujur mak syafiq telefon bengkel, aku cakap 2 orang datang. Dan dia kata tak payahlah buat budak sikit saja. Aku minta nombor telefon dia, bila aku taip sama pula dengan nombor tadi. Pelik..pelik...Lepas tu, aku terus mesej orang tua tu bagitahu macam mana? Katanya dia suruh aku beli kat kedai mamak sahaja dengan harga RM 4.50. Pukul 11.30 pagi, aku bawa semua budak pergi kedai mamak beli nasi. Nak ditinggalkan risau pula, jadi apa-apa nanti susah. Pukul 11.45 pagi, Shah balik dari tak ada buat apa-apa baik balik duduk rumah. Pukul 11.57 pagi pula, tiba-tiba cinta hati mesej katanya nak jumpa aku petang ni. Ermmm...bosan pula aku dengan ayat dia. Nak jumpa...nak jumpa...tapi tak jumpa-jumpa pun. Aku berani kerat jarilah mesti tak jumpa punya hari ni, tengoklah >:( Aku tanya dia nak jumpa kat mana? Dia tak balas. Aku dah masak sangat dengan perangai dia, baru kapel 2 minggu lebih dah nak buat hal. Pukul 12.30 tengahari, aku suruh Pei Ji dan Ah Suan makan kat bawah saja. Lepas solat Zohor pukul 2.15 petang, aku siapkan minit mesyuarat PIBG dan kalau sempat send kat email En. Leong. Kalau tak send esok sahajalah kat Cyber Cafe. Pukul 4.45 petang, lepas solat asar aku mesej cinta hati kata kalau nak jumpa aku, jumpa kat tempat kerja kebetulan aku balik lambat nak siapkan minit mesyuarat PIBG. Aku siap pesan nak jumpa sampai pukul 6.30 petang sebab malam ni aku ada dinner kat Teluk Batik. Dia pun cakap ok saja. Jam dah masuk pukul 5 petang tak sampai-sampai lagi. Kerja aku siap pukul 5.30 petang, alhamdulillah esok sajalah aku emailkan En. Leong. Selesai, aku tunggu cinta hati kat luar bengkel saja sebab dah lewat sangat aku tak tutup bengkel. Jam dah pukul 6 petang...6.15 petang masih tak datang juga...Kan? aku dah cakap dah. Cakap dia memang tak boleh pakai. Pukul 6.20 petang, aku mesej cinta hati memang kenalah dengan aku. Masuk ni dah 5 kali dia buat aku macam ni. Pergi jumpa perempuan lain dulu ke? Bila di tanya kata tak ada perempuan lain. Cakap pun macam tak serius saja, main-main lebih. Aku bagitahulah yang aku cukup pantang tunggu orang lama-lama. Apa? dia ingat aku ni batang kayu ke?! Aku paling tak suka orang buang masa aku! Lepas tu dan tu cakap tengah tunggu kereta siap bagai. Sakit jiwa aku! Aku tak banyak cakap terus balik, bagi Lily (kucing) makan lepas tu baru siap-siap. Aku cakap dengan ayah lambat sikit pergi. Pukul 8.10 malam baru gerak ke Virgo Batik, Teluk Batik Lumut. Mujur jumpa tempat tu ada juga bantuan google map. Sampai sana aku tanya receptionist Majilis Hari Guru Sekolah Semangat Maju. Dia kata kat sebelah swimming pool, bila aku pergi memang ada tapi bukan dari sekolah tapi dari Hospital Pantai. Aku dah susah hati kat belah mana pula ni? Jenuh mencari, aku call Kak Fiza tak angkat call Cikgu Wani pun tak angkat. Sakit hati betullah diaorang ni! Aku pergi kat receptionist tu lagi minta tunjukkan, Dia suruh aku tanya receptionist kat swimming pool tu. Aku pun pergi dan tanya kata budak receptionist tu kat ballroom tingkat bawah. Barulah jumpa, masuk-masuk majlis dah bermula semua pakat tengok aku masa tengah berucapan. Buat bodoh sajalah, aku duduk 1 meja dengan cikgu-cikgu sekolah. Cikgu lain sibuk ambil cenderahati kat depan, aku sibuk selfie ha5x. Mesti nama aku tak tersenarai, baik aku selfie. Dah selfie sempat lagi aku send kat cinta hati termasuk gambar yang semalam selfie kat bengkel. Nak gambar aku sangat. Line pula teruk sini, nak send gambar pun tak boleh apatah lagi nak buka facebook. Pukul 9 malam, barulah dinner tapi itulah dia punya makanan tak sedap...tak memuaskan hati...Siapa punya cadanganlah buat dinner kat sini? Cikgu-cikgu yang lain pun complain juga termasuk pengerusi sekolah, En. Muthu. Pukul 10 malam, minum black coffee plak. Aku tengok mesej 2 voicemail dan 1 misscall. Ayahlah ni tak lain tak bukan, lepas tu ayah call. Ayah tanya pukul berapa balik? Aku cakaplah kejap lagi tak habis lagi. Lepas minum kopi, baru sesi bergambar beramai-ramai. Selesai baru boleh balik, sebelum balik Kak Fiza panggil aku dia minta maaf tak panggil aku masa ambil cenderahati sebab dia tak perasan aku datang bagai. Aku cakap tak apalah. Dia bagi aku cenderahati 2 satu untuk aku satu untuk orang tua tu. Dia tak dapat datang alasan buat pemeriksaan mata. Masa datang tadi Cikgu Wani ada tanya pasal orang tua tu macam biasalah aku cakap tak dapat datang. Cikgu Wani kata kalau tak dapat datang kenapa tak bagitahu? Sebab dia dah order untuk 40 orang makan. Bukan dia tak tau orang tua tu betul-betul menyusahkan! Masa balik, aku cakap dengan ayah diaorang yang lambat nak bergambarlah apalah. Kalau nak marah-marah dan tak boleh nak faham anak sendiri baik aku pergi sendiri saja tadi. Jalan gelap pun gelaplah lantak situ.
Ulasan