Kawan Ibu Belanja Makan
Pukul 3.40 pagi, cinta hati whatsapp tanya aku dah tidur ke? Aku
jawaplah belum, tengah baring-baring. Cinta hati kata dia baru saja sampai
rumah. Aku suruh dia rehat dulu, mesti penat. Paham sangat kerja dia tu, entah
habis roadblock pukul berapa entah. Cinta hati nak gambar dan aku
cakaplah tak ada gambar baru sekali dian hantar gambar dia pakai helmet. Cantik
betul helmet tu. Boleh pula cinta hati kata power ranger, tergelak aku mujur
tak tersedak :D Pagi-pagi buta ni mula dia nak merepek :P Petang, balik kerja
ibu panggil aku. Ingatkan apa dia, rupanya ibu nak tunjuk dapur rumah ibu ada
kesan terbakar. Terkejut aku, kata ibu ayah punya kerja. Ayah nak panaskan lauk
asam pedas, dia pergi tinggal dengan api terbuka itu yang jadi. Aku tengok
siling dapur hitam, lantai tak payah cakaplah. Periuk asam pedas entah mana
ayah dah buang, botol dan tupperware ibu sebelah dapur masak habis cair.
Ibu dah mula bising tension dengan sikap ayah. Dah jadi macam tu tak tau
nak betulkan balik. Ibu ajak aku makan malam sekali sebab ada kawan ibu nak
belanja sempena hari jadi dia. Tak habis-habis lagi? Bertuah betul ibu ramai
kawan-kawan yang ingat hari jadi dia. Bayangkanlah 3 hari ada saja kawan ajak celebrate.
Kalaulah aku jadi macam ibu…..Dengar kata kawan ibu tu pangkat pegawai navy.
Pukul 8 malam, aku dah bersiap. Pukul 8.45 malam, baru kawan ibu tu datang
dengan kereta. Kami tumpang dia. Kakak tu nak belanja ibu kat Aeon. Sampai
Aeon, sempat cuci mata kejap sempat aku tangkap gambar nak bagi kat cinta hati
nanti. Bagi dia jealous sikit hu3x :P Kakak tu bawa kami belanja kat
secret receipi, kami makan kek saja. Nak makan yang mahal-mahal segan pula
walaupun kakak tu kata nak makan order saja dia belanja. Tapi kakak tu sendiri
makan kek, popia goreng dan air kosong saja. Katanya dah kenyang. Aku dan ibu
macam biasa chocolate indulgance pilihan kami. Ibu dan kakak tu asyik
berbual saja, yang aku pula sempat selfie tak sabar nak hantar kat cinta hati.
Pukul 10 malam, baru kami balik. Kakak tu aku tengok macam nak berkepit saja
dengan ibu. Dia tak banyak cakap dengan aku tapi aku tak kisah sangat
biarlah…Sampai rumah, aku sidai kain dulu dah shari terbiar tak bersidai.
Selesai sidai baju, aku cepat-cepat hantar gambar kat cinta hati. Cinta hati
balas katanya tak ajak. Aku jawaplah nak ajak macam mana kawan ibu yang belanja
sempena hari jadi dia, kawan ibu tu pangkat pegawai navy. Lagipun kalau ajak
cinta hati belum tentu dia sudi nak jumpa alamatnya kempunan keklah aku.
Tergelak dia, aku cakap macam tu. Sukalah tu..:P Cinta hati tanya sekarang aku
kat mana. Aku cakaplah dah balik, baru saja. Dia suruh aku rehat. Aku tanya
cinta hati tengah buat? Kerja ke? Dia kata kerja dan nanti dia mesej.
Ulasan