Pertama Kali Bergaduh Dengan Cinta Hati

Pukul 4 pagi, cinta hati call aku. Dia ada bagitahu yang dia dah bagitahu mak dia pasal aku. Lepas tu, aku saja main yang aku cakap mak tak setuju...entah macam mana dia terasa dan marah aku terus letak telefon. Lepas tu mesej whatsapp bergaduh. Aku cakap dengan dia yang aku gurau saja main-main pun tak boleh. Cinta hati kata dia tak suka aku cakap macam tu, mak dia dahlah orang tua lagi aku cakap macam tu nak bergurau pun bertempatlah. Jenuh dia bising kat aku. Aku pun bagitahulah yang aku pun dah bagitahu ibu pasal dia tapi baru nak cakap dia dah letak telifon nak buat macam mana? Tak sampai berapa minit dia call aku balik. Elok aku angkat, dia mula bising aku pun bising juga. Dia nak cakap aku pun nak cakap juga, dia suruh aku dengar cakap dia dulu. Masa dia berleter tu aku banyak diam saja...Apa dia cakap aku banyak dengar dari cakap. Cinta hati suruh aku minta maaf kat dia cakap betul-betul tak ada gelak-gelak, lepas tu dia pun minta maaf kat aku dari hujung rambut sampai hujung kaki. Dia ada bagitahu yang dia dah tunjuk gambar aku kat mak dia dan mak dia tanya bila nak masuk meminang aku? Lepas tu dia tanya apa ibu cakap pasal dia.. Aku pun bagitahulah pasal hari jumaat aku dah bagitahu kat ibu. Agak 2, 3 kalilah aku cerita benda yang sama, lepas tu cinta hati cakap kenapa aku cakap berulang-ulang? Bertekak lagi...aku tanya dia masalahnya sekarang apa yang aku cakap dia faham ke tidak? Dia cakap dia faham. Jadi apa masalahnya? Dua-dua terdiam...Dah memang macam tu cara aku cakap nak buat macam mana, aku ingat dia tak faham lagi. Akhirnya, kami ok balik. Cinta hati pun cakap elok-elok dengan aku...Aku suka cara dia tegur aku, jenis dia kalau marahkan aku dia tak tengking maki macam sesetengah lelaki lain. Aku tahu dia seorang yang tegas (pernah cakap kat aku), serius tapi masih mampu cakap elok-elok dengan aku. Cuma kalau bila dia dah marah, tu yang kadang-kadang menakutkan aku tu :P Boleh tahan garang dia...Dan yang paling best, kalau dia rasa yang dia bersalah cepat-cepat minta maaf kat aku dan aku pun macam tu juga. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)