Minta Putus
Aku main mesej lagi dengan si Hairee. Aku ada tanya umur brapa? Katanya umur dia 28 tahun...Mak aih! mudanya. Aku fikir umur 30an, beza 3 tahun dari aku. Aku berterus terang dengan dia yang aku nak cari bakal suami lebih tua dari aku bukan lebih muda dari aku. Yang lebih muda tu aku dah anggap macam adik sendiri atau kawan biasa saja. Lagipun umur dia sebaya dengan adik ipar aku, Hanum. Lepas tu. kami kenal pula melalui laman sosial dan aku tak yakin ibu dan ayah boleh terima. Tak sampai beberapa minit dia call aku. Pada mulanya Hairee kata tak apalah dia minta aku block nombor dia kat whatsapp dan buang gambar yang dia bagi. Aku cakap oklah nanti aku block nombor dia. Dia letak telefon, tak sampai 5 minit telefon aku balik. Puas si Hairee tu pujuk aku supaya terima dia balik. Katanya sia-sialah 4 tahun dia menunggu aku, dan umur bukan penghalang untuk bercinta. Katanya lagi ramai saja yang bercinta melalui laman sosial bahagia kawin dan ada anak lagi. Dan bila aku tolak cinta dia rasa down sangat dan tak boleh nak buat kerja. Ya Allah...Aku betul-betul dalam dilema. Buntu. Dia pun dah tak kisah kalau aku minta masa sekalipun. Dan dia minta aku fikirkan balik. Rungsing betul aku...Aku bukan apa aku tak nak nanti aku lukakan hati dia pula. Katanya, jangan fikirkan tentang dia fikirkan tentang diri aku sendiri. Allah beri jodoh hanya sekali sahaja. Lepas tu siap cabar aku cari lelaki yang mampu setia bertahun-tahun. Akhirnya, aku terima dia tapi...aku minta sangat dengan dia supaya jujur, setia dan ikhlas menerima aku seadanya. Aku dah banyak kali dipermainkan lelaki dan tak suka dipermainkan :( Dia berjanji dengan aku yang dia akan membahagiakan aku, jujur dan setia siap bersumpah demi Allah bagai :P Maka couple baliklah kami...❤
Ulasan